Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, langkah itu akan diambil untuk melengkapkan siasatan berhubung laporan kandungan portal itu yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara.
Bagaimanapun, Noor Rashid menjelaskan, proses untuk mengektradisi Clare perlu terlebih dahulu melalui beberapa prosedur perundangan di negara itu.
“Pihak Peguam Negara perlu membentangkan fakta yang kukuh di mahkamah mereka berhubung kes membabitkan Clare di negara ini. 
 “Sekiranya pihak mahkamah di UK berpuas hati dengan hujah kita, maka Brown boleh diekstradisi. Namun jika keputusan mahkamah memihak Brown, kita terpaksa menghormati keputusan mereka,” katanya.
Beliau ditemui selepas taklimat lawatan dua Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri yang baharu iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat ke Bukit Aman, di sini hari ini.
Mengulas tentang tempoh yang diperlukan untuk proses ekstradisi, Noor Rashid berkata, perkara itu tidak dapat dipastikan dan ia bergantung kepada keadaan.
Kelmarin, PDRM memperoleh waran tangkap terhadap pengasas Sarawak Report yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Waran tangkap yang dikeluarkan adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan 124I Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan laporan palsu.
PDRM juga akan meneruskan permohonan untuk meletakkan Brown di dalam senarai dikehendaki ASEANPOL di samping notis merah Polis Antarabangsa (Interpol).
Bekas editornya, Lester Melanyi pula dalam pengakuan melalui laman blognya, lestermelanyi.blogspot.com mendedahkan beliau menerima bayaran RM2,975 seminggu bagi memalsukan pelbagai dokumen sebelum disiarkan di laman portal itu bertujuan menjejaskan reputasi Perdana Menteri termasuk mengaitkannya dengan isu dana 1MDB.