PARIS: Perancis akan melancarkan pencarian terbaharu melalui udara, darat dan laut di Pulau La Reunion untuk mencari lebih banyak serpihan dari pesawat MH370 selepas Malaysia mengesahkan komponen sayap pesawat yang ditemui di kepulauan tersebut milik pesawat yang hilang sejak 8 Mac tahun lalu.
Sebuah pesawat tentera memulakan operasi tinjauan dari udara di kawasan sekitar kepulauan itu pada pagi Jumaat.
Operasi pencarian juga akan dilakukan menerusi darat, udara dan laut dengan bantuan tentera marin negara itu.
"Sebarang penemuan terbaharu akan membantu siasatan mengenai serpihan yang ditemui sebelum ini," kata kenyataan bersama Menteri Pertahanan dan Pengangkutan Perancis pada Khamis.
Sementara itu, pihak berkuasa tempat di kepulauan itu berkata mereka akan melakukan operasi pencarian menyeluruh di bahagian lain pesawat itu bermula Isnin.
Usaha pencarian terbaharu itu dilakukan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan komponen sayap pesawat berukuran dua meter panjang yang ditemui di Pulau La Reunion pada 29 Julai lalu, disahkan milik MH370.
Ia adalah bukti penemuan pertama sejak persawat itu hilang 17 bulan lalu.
No comments:
Post a Comment