Friday, August 7, 2015

Reda dengan tragedi MH370





BERA – Bapa kepada salah seorang mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Selamat Omar, 62, terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan penemuan flaperon di Pulau Reunion merupakan milik pesawat malang itu.
Selamat memberitahu, penemuan itu di luar jangkaan kerana kedudukan flaperon tersebut terlalu jauh dari lokasi pesawat itu disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi.
“Pengumuman oleh Perdana Menteri awal pagi tadi (semalam) di luar jangkaan namun saya tetap menerima ini sebagai takdir,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya di Felda Bukit Mendi di sini semalam.
Selamat ialah bapa kepada penumpang MH370, Khairul Amri, 29.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3i54JHooW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment