Saturday, August 1, 2015

Enam wanita antara 29 ditahan

 Mohd Firdaus Ibrahim & Fardy Bungga

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan 29 peserta perhimpunan haram termasuk enam wanita berusia 14 hingga 69 tahun di sekitar kompleks membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, selepas melanggar arahan pihak berkuasa supaya bersurai, petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa dalam kenyataannya berkata, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

“Kita juga akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 124 KK kerana aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen yang boleh dihukum penjara selama 20 tahun jika sabit kesalahan,” katanya yang memaklumkan tangkapan mula dilakukan pada 2.15 petang.

Menurutnya, penahanan terpaksa dilakukan selepas peserta perhimpunan enggan bersurai biarpun sudah diarahkan pihak berkuasa.

Katanya, pihaknya menganggarkan seramai 200 peserta perhimpunan yang berkumpul di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Abu Samah ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, keadaan kembali terkawal pada 3.30 petang.

 ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 7:36 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67577#sthash.vlCAkO9s.dpuf

No comments:

Post a Comment