Saturday, August 1, 2015

Mana-mana ahli politik bebas terima dana dari luar - Azalina


KOTA TINGGI: Mana-mana ahli politik daripada pembangkang mahupun kerajaan, bebas menerima sumbangan atau bantuan kewangan dari negara luar, selagi tiada undang-undang yang menghalang serta mengawal selia kemasukan dana politik itu di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Malaysia tidak seperti sesetengah negara yang mempunyai peraturan khas untuk mengekang ahli politik menerima dana daripada penyokong.
"Jadi, sekarang kalau nak bercakap pasal Barisan Nasional (terima dana politik), saya nak beritahu parti pembangkang pun banyak terima.
"Contohnya, ketika sidang Parlimen berlangsung, saya lihat ramai ahli-ahlinya keluar masuk Dewan dan pergi ke luar negara kerana dijemput untuk bercakap di platform antarabangsa, ..siapa yang bayar, " katanya.
Beliau menyatakan demikian sebagai reaksi terhadap tuntutan pembangkang agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahka

n sumber pembiayaan politik UMNO, pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata jika pembangkang masih merasakan sumbangan politik itu adalah sesuatu yang diperlu dikawal selia, maka mereka perlu mengusulkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.
"Untuk berlaku adil, saya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Parlimen berjanji akan mengkaji sendiri usul yang diberikan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azalina berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak minggu depan bagi membincangkan pindaan semula Akta Komunikasi Dan Multimedia.
Ketiadaan pindaan terhadap akta itu ketika ini mengakibatkan kerajaan sukar mengambil tindakan terhadap mana-mana pengamal media sosial yang didapati tidak bertanggungjawab dengan laporan mereka.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, hanya keluarkan lesen (kepada organisasi media sosial) bukannya penguatkuasaan, ..di Singapura, mereka boleh didakwa dan tangkap.
"Sekarang ini, kita cuma perlu tengok sama ada perlu dibuat satu mahkamah khas seperti Mahkamah Multimedia ke, atau kedua, kita tengok kepada andaian bersalah ..sehingga anda dibuktikan tidak bersalah," katanya.
Azalina berkata, draf pindaan akta itu difahamkan sedang dibuat dan dijangka dibentang di Parlimen Oktober ini. - BERNAMA



ANGGOTA Parlimen Pegerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kanak-kanak yang menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan KEJORA Bandar Penawar, Kota Tinggi.
- Foto BERNAMA

No comments:

Post a Comment