Sebaliknya, Najib berkata, beliau akan terus menunaikan tanggungjawab kerana mendapat kepercayaan tiga juta ahli UMNO di negara ini.
“Jika seorang suruh saya turun (lepaskan jawatan), saya tidak akan turun kerana terdapat lebih tiga juta ahli UMNO yang mahukan saya terus memimpin parti.
“Saya bukan angkuh tetapi saya diamanahkan oleh ahli dan rakyat untuk mentadbir menerusi proses demokrasi. Untuk itu saya minta supaya jangan ganggu saya kerana saya akan cuba buat yang terbaik untuk negara, parti, bangsa dan rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE