Saturday, August 1, 2015

Taliban umum ketua baharu


AFP - SEORANG lelaki memegang kalendar yang memaparkan wajah pemimpin Afghanistan termasuk bekas ketua Taliban Mullah Omar di Kandahar semalam.


KABUL – Kumpulan Taliban mengumumkan Mullah Akhtar Mansour sebagai ketua baharu mereka sekali gus menandakan peralihan kuasa bersejarah bagi militan ber­kenaan yang melancarkan pemberontakan selama 14 tahun di Afghanistan.
Taliban turut mengumumkan ketua rangkaian Haqqani, Sirajuddin Haqqani dan bekas ketua mahkamah Taliban, Haibatullah Akhundzada sebagai timbalannya.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas Taliban mengesahkan kematian pemimpin mereka Mullah Omar yang mengetuai kumpulan itu selama hampir 20 tahun.
Peralihan kuasa tersebut dilihat meningkatkan harapan untuk mengakhiri perang di Afghanistan yang berlanjutan sejak hampir 14 tahun ekoran pendirian lebih sederhana Mullah Akhtar berbanding bekas ketuanya.
Mansour merupakan seorang timbalan yang mendapat kepercayaan Mullah Omar. Dia dilantik sebagai ketua ketika Taliban diancam kebangkitan kumpulan militan Islamic State (IS) di Afghanistan.
“Selepas kematian Mullah Omar, majlis kepimpinan dan ulama Islam bersetuju melantik kawan karib dan bekas timbalannya, Mullah Akhtar Mansour sebagai ketua,” kata kumpulan Taliban di laman webnya.
Kematian Mullah Omar disahkan oleh Taliban kelmarin. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3hVgQk0F7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment