Saturday, August 1, 2015

Najib Cadang Parti Politik Isytihar Sumber Dana


Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 1:58 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan anggota UMNO yang menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Seremban pada Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

SEREMBAN: Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya semua parti mengisytiharkan sumber dana politik masing-masing.
Perdana Menteri berkata, cadangan itu telah dibuat oleh beliau sebelum ini tetapi tidak dipersetujui oleh DAP.
"Saya akan membuat cadangan lain pada tahun ini.
"Kami (Barisan Nasional) sedia mendedahkan sumber dana tetapi mereka (pembangkang) juga perlu bersedia melakukan tindakan sama," katanya ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di sini pada Sabtu.
Najib menambah, cadangan itu diketengahkan bagi mewujudkan ketelusan.
"Saya sedia untuk menyenaraikan pihak yang memberikan dana itu tetapi DAP dan PKR juga perlu mendedahkan sumber dana mereka," tegasnya yang menambah DAP mempunyai agenda tersendiri ketika membantah cadangan berkenaan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment