Wednesday, June 30, 2010

JPJ Kelantan lelong 35 kenderaan tidak dituntut


KOTA BAHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, hari ini, membuat lelongan terbuka ke atas 35 buah kenderaan yang tidak dituntut termasuk 22 buah motosikal, lapan buah kereta dan lima buah lori kepada pembeda dari seluruh negara.

Penolong Pengarahnya, Mat Rashid Ismail berkata, lelongan itu diadakan di pejabat JPJ Panji di sini membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM38,550 yang dijual antara RM70 dan RM11,300 sebuah.

"Seramai 60 orang pembeda hadir pada lelongan itu yang merupakan kali kedua tahun ini diadakan selepas kali pertama memunggut hasil sebanyak RM89,870," katanya kepada pemberita selepas majlis lelongan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, dua kategori kenderaan dilelong iaitu kenderaan yang boleh daftar dan kategori kedua kenderaan tidak boleh didaftar termasuk kenderaan potong.

Beliau berkata, bagi kenderaan yang nilainya kurang RM1,000 dikenakan bayaran tunai manakala kenderaan yang bernilai lebih RM1,000 boleh dibayar pendahuluan sebanyak 10 peratus dan bayaran penuh dalam tempoh tujuh hari bekerja.

No comments:

Post a Comment