Wednesday, June 30, 2010

Bayi atas tong sampah



SEREMBAN – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas tong sampah di sebuah sebuah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat, dekat sini, semalam. 

Bayi malang yang berpakaian lengkap itu ditemui pekerja syarikat pelupusan sisa, Southern Waste Managment (SWM) Maideen Machapu, 42, pada jam 4.20 petang. 

Beliau berkata, dia mendapati bayi lelaki yang cukup sifat terbaring atas tong sampah berkenaan dengan hanya beralaskan surat khabar tanpa ada sebarang nota atau objek lain. 

“Saya seperti mahu menangis melihat bayi yang memakai baju, seluar, sarung tangan dan kaki berkenaan menggigil teruk walaupun ketika itu masih belum hujan,” katanya. 

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Ng Ah Moy, 68, berkata, dia yang sedang berehat terkejut apabila terdengar teriakan seseorang dari luar rumahnya. 

“Sejurus ke:luar, saya dimaklumkan penemuan bayi berkenaan dan melihat jiran berdekatan sibuk mendukungnya sebelum sepasukan anggota polis tiba untuk melakukan pemeriksaan,” katanya. 

:Bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTSJ) untuk rawatan lanjut. 

:Penemuan bayi berkenaan turut mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Zainab Nasir yang melakukan lawatan di HTJS petang semalam, memaklumkan bayi itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. 

No comments:

Post a Comment