Wednesday, June 30, 2010
Hizbollah tolak dialog
BEIRUT - Pejuang Hizbollah tidak berminat mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) selagi Washington tidak mengubah polisi di Timur Tengah kerana AS ternyata lebih memihak kepada Israel yang menindas penduduk Palestin di Gaza.
Timbalan ketua Hizbollah, Sheik Naim Kassem berkata demikian sebagai mengulas cadangan Ryan Crocker pada awal bulan ini supaya Washington memulakan rundingan bersama kumpulan pejuang itu.
Crocker memberitahu Dewan Senat bahawa AS akan rugi sekiranya tidak bersedia untuk mengadakan rundingan dengan wakil Hizbollah, walaupun kerajaan AS menganggap kumpulan itu sebagai pertubuhan pengganas.
Pentadbiran Presiden Barack Obama menolak cadangan Crocker kerana Hizbollah bukan sebahagian daripada pertubuhan politik rasmi di Lebanon.
Hizbollah diasaskan pada 1982 apabila Israel menyerang Lebanon dan kumpulan pejuang itu bersikap anti-AS sejak awal penubuhan.
Perang pada 2006 mengorbankan 1,200 pejuang Hizbollah dan 160 tentera Israel.
Baru-baru ini, Israel menuduh Syria membekalkan peralatan perang kepada pejuang Hizbollah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment