Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba berita tentang Luna Maya telah bernikah ketika berusia 14 tahun menjadi antara berita hangat di Indonesia. Berita itu dibantah keras salah seorang rakan baik Luna dan Ariel, Boy Afrian Bondjol. “Isu itu sama sekali tidak benar dan tidak berasas, ia sama seperti cerita Ariel yang dikatakan mati kerana menelan pil belebihan padahal dia sihat walafiat di dalam penjara." katanya. Berita itu menjadi hangat setelah pihak polis juga menyoal perkara sama kepada Luna. Bagaimana pun Luna masih belum memberi sebaran komen tentang khbar angin yang bertiup itu. Sementara itu, Luna sempat melawat Ariel dipenjara dan dilihat memeluk erat Ariel bagi melepaskan rindu setelah Ariel menyerah diri kepada pihak polis. Luna juga dikatakan memberi kata-kata semangat pada Ariel dan menyampaikan kata cinta dan rindunya kepada vokalis Peterpan itu. |
Wednesday, June 30, 2010
Luna Maya nikah umur 14 tahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment