EMPAT tahun selepas ia mengalir keluar dari telaga sebuah syarikat gas milik orang antara paling kaya di Indonesia, gunung berapi lumpur yang dikenali sebagai lusi, hingga ke hari ini masih mengeluarkan lumpur toksik di kawasan pinggir Pulau Jawa.
Segala usaha untuk menghentikan pengaliran lumpur berkenaan gagal. Sebaliknya, lubang baru semakin banyak, mengancam memusnahkan lebih banyak kampung, kediaman dan kehidupan seharian penduduk daerah Sidoarjo, Tasik lumpur itu begitu besar - tujuh kilometer persegi dan 20 meter dalam kini boleh dilihat dengan jelas dari angkasa.
Pakar kaji bumi berkata, lusi akan keluar berterusan untuk selama beberapa abad.
Mangsa yang hilang tempat tinggal sejak lumpur itu mula keluar pada 29 Mei 2006 masih menanti pampasan yang dijanjikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
"Susilo gagal membantu mangsa. Hingga ke hari ini kami masih tinggal di kawasan bencana," kata seorang mangsa, Gatot Wiyono.
Setakat ini, lumpur itu sudah memusnahkan 12 kampung, meragut 13 nyawa dan menyebabkan lebih 42,000 orang hilang tempat tinggal.
Pakar asing yang dipelawa membuat pemeriksaan merumuskan, kejadian itu berpunca daripada usaha cari gali yang dilakukan Lapindo Brantas, sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Ketua Parti Golkar, Aburizal Bakrie.
Lapindo dan kerajaan Indonesia bagaimanapun berkata, gempa bumi yang melanda kawasan seluas kira-kira 280 kilometer dari daerah berkenaan beberapa hari sebelum lumpur itu mula memancut keluar menjadi punca kejadian berkenaan. Teori itu disangkal saintis asing.
Bagaimanapun, Susilo mengarahkan syarikat terbabit membayar kira-kira RM1.3 bilion untuk kerja mengawal dan pampasan kepada lebih 10,000 mangsa.

No comments:
Post a Comment