Wednesday, June 2, 2010

Pemimpin berebut jawatan, rakyat makan tanah



Tiga beradik dihantar ke rumah kebajikan


ALOR SETAR: Tiga beradik yang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, sejak empat hari lalu kerana dijangkiti kuman selepas memakan tanah akan ditempatkan di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak.
Pengerusi MIC Jerai, R Supramaniam ketika dihubungi berkata, tindakan itu perlu dilakukan kerana tiga kanak-kanak perempuan berusia enam hingga 10 tahun terbabit tidak mampu ditanggung kedua ibu bapa mereka.
“Saya sudah berjumpa ketiga-tiga beradik itu serta ibu bapa mereka dan saya tahu apa masalah mereka,” katanya ketika dihubungi di Sungai Petani, semalam.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan tiga beradik itu, Yogeswari, 9; Nageswati, 7; dan Ganggadevi, 6; serta seorang saudara mereka Vikneswary, 9, dimasukkan ke HSAH selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya akibat jangkitan kuman kerana dipercayai memakan tanah sejak setahun lalu.

Kanak-kanak itu ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Lembu, Jalan Jeniang, Gurun oleh beberapa ahli parti MIC yang membuat program pemeriksaan kesihatan di kampung berkenaan pada 28 Mei lalu sebelum dikejarkan ke hospital.

No comments:

Post a Comment