Wednesday, August 25, 2010

Polis mula siasat YB Lembah Pantai




2010/08/25

KUALA LUMPUR: Polis akan memulakan siasatan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya kepada akhbar Indonesia, baru-baru ini, yang didakwa menjejaskan imej dan maruah negara. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan itu sebelum meneliti sama ada ia disiasat mengikut Akta Hasutan.Beliau berkata, siasatan itu susulan laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan Nurul Izzah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperkecilkan keupayaan kapal selam negara.Bila sudah ada laporan polis dibuat, maka kita akan mula menyiasat. Sama ada kertas siasatan dibuka mengikut Akta Hasutan bergantung kepada penelitian yang dijalankan. 

Kita juga akan menyiasat dari segenap sudut sama ada ia (kenyataan Nurul Izzah) membabitkan pendedahan maklumat sulit atau dakwaan semata-mata. Isu yang ditimbulkan itu serius kerana membabitkan soal keselamatan negara, katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 

Kelmarin, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip, membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah kerana mengeluarkan kenyataan men-jejaskan imej dan maruah negara dalam temubual dengan akhbar Indonesia, baru-baru ini. 

No comments:

Post a Comment