Wednesday, August 25, 2010

Potong gaji rakyat kerajaan tak ada duit nak bantu fakir miskin

Potongan gaji RM1 sebulan bantu fakir miskin


2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta kakitangan awam beragama Islam bersetuju melakukan pemotongan gaji minimum RM1 setiap bulan selama setahun untuk disalurkan kepada dana kebajikan bagi membantu golongan fakir miskin di negara ini. 

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata kesediaan kakitangan terbabit bakal mengumpulkan dana RM10 juta setahun sekali gus membantu golongan miskin daripada lingkaran kemiskinan.
Budaya bersedekah perlu diterapkan dalam masyarakat Malaysia terutama orang Islam dan diharap dana itu mampu digunakan bagi merencana program serta membantu golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan, katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Miskin anjuran Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia , di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Lembaga Penasihat Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Pengurus Besar Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Franz Swoboda. 

Pada majlis itu, 110 anak yatim daripada tujuh badan kebajikan turut menerima sumbangan duit raya berjumlah RM150 setiap seorang. 

Sementara itu, Rosmah meminta usahawan Islam di negara ini meningkatkan usaha membudayakan amalan sedekah bagi mencapai kemakmuran dan kehebatan seperti masyarakat di negara lain. 

Malah, katanya penubuhan Yayasan Al-Bukhary, Waqaf Al-Nur Corporation Berhad dan Yayasan Emkay perlu dijadikan contoh supaya usahawan Islam bersedia memperuntukkan sebilangan kecil keuntungan kepada masyarakat yang memerlukan. 
Kerajaan juga perlu mewujudkan satu badan khas yang bertanggungjawab menguruskan sumbangan daripada individu Muslim dan badan korporat yang menyalurkan sumbangan mereka kepada individu yang berkelayakan, katanya. 

No comments:

Post a Comment