Wednesday, September 22, 2010

Kedutaan Turki terima sampul berisi serbuk putih




BAITULMAQDIS - Sekeping sampul surat berisi serbuk putih dihantar ke Kedutaan Turki di Tel Aviv, kelmarin. 

Tiada kecederaan dilaporkan berhubung kejadian tersebut dan polis sedang memeriksa kandungan di dalam sampul surat itu. 

Beberapa sampul surat serupa juga dihantar ke kedutaan Amerika Syarikat, Sepanyol dan Sweden di Israel, minggu lalu, tetapi polis mengesahkan serbuk yang terkandung di dalam sampul surat itu tidak berbahaya. 

Sampul surat berisi serbuk putih dianggap ancaman berbahaya selepas lima individu terbunuh apabila virus Anthrax dihantar ke pejabat media dan senator AS, beberapa minggu selepas serangan Pusat Dagangan Dunia pada September 2001. 

Sentimen anti-Turki semakin meningkat di Israel kerana hubungan kedua negara yang merosot selepas Ankara mengecam hebat tindakan Israel melancarkan perang selama 22 hari ke atas Gaza yang berakhir pada Januari 2009. 

Hubungan bekas sekutu kuat itu terus meruncing apabila tentera Israel menyerang konvoi kemanusiaan antarabangsa yang menuju ke Gaza, membunuh sembilan warga Turki, 31 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment