Wednesday, September 22, 2010

Parti anti-Islam dikutuk



STOCKHOLM - Ribuan penunjuk perasaan mengadakan protes di Stockholm menentang keputusan pilihan raya yang menyaksikan 20 anggota parti berhaluan kanan dilantik menjadi ahli parlimen Sweden. 

Hampir 6,000 penunjuk perasaan memegang sepanduk dan melaungkan slogan mengkritik parti Demokrat Sweden yang mengamalkan prinsip menentang imigrasi, bersifat perkauman dan tidak bertolak ansur. 

Parti itu mendapat 5.7 peratus daripada jumlah keseluruhan undi, melayakkannya menyertai parlimen selepas parti Gabungan di bawah Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt gagal mendapat undi majoriti untuk membentuk kerajaan. 

Bagaimanapun, Reinfeldt mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan parti Demokrat Sweden, sebaliknya akan bergabung dengan dua parti pembangkang, Parti Hijau dan Demokrat Sosial yang memenangi 157 daripada 349 kerusi di parlimen. 

Parti Demokrat Sweden memperjuangkan polisi antipendatang di Sweden, di mana 14 peratus daripada penduduk negara itu merupakan warga asing, selain menganggap pertumbuhan penduduk Islam sebagai ancaman terbesar kepada Sweden sejak Perang Dunia Kedua

No comments:

Post a Comment