Friday, October 1, 2010

26 keluarga Orang Asli dapat pampasan RM6.5j



SHAH ALAM – Seramai 26 keluarga Orang Asli daripada suku: Temuan memperoleh bahagian masing-masing terhadap pampasan RM6.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dalam satu prosiding khas di Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam.

:Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nurcahaya Arshad membenarkan penyelesaian itu dengan mengarahkan duit pampasan itu dibahagi kepada dua bahagian.

:Sejumlah RM5.9 juta dipersetujui untuk dimasukkan ke dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang akan dibahagikan kepada setiap Orang Asli terbabit mengikut senarai yang sah.

:Menurut peguam, Jerald Gomez yang menjadi sahabat mahkamah dalam penyelesaian itu ketika ditemui berkata, sejumlah RM43,400 diperuntukkan kepada Tabung JKK Bukit Tampoi, RM307,300 untuk tabung amanah Lembaga Adat bagi kegunaan generasi masa depan (warisan) Orang Asli, RM97,500 untuk ganti rugi tapak rumah dan bagi pembinaan balai adat baru sejumlah RM95,200.

:“Semua wang pampasan itu digunakan sebulatnya kepada semua Orang Asli,” katanya.

:Difahamkan, setiap Orang Asli itu memperoleh secara purata pampasan antara RM40,000 hingga hampir setengah juta.

:Dalam kes ini Orang Asli diketuai Sagong Tasi, 80, dan enam yang lain daripada suku Temuan memfailkan saman terhadap Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta kontraktor United Engineers Malaysia Bhd (UEM) berhubung pengambilan tanah adat mereka di Bukit Tampoi, Dengkil.

:Seluas 38 ekar tanah adat itu diambil Kerajaan Pusat bagi membina sebuah lebuh raya ke KLIA.

:Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Negeri, MHA dan UEM memba�yar pampasan kepada Sagong Tasi dan enam yang lain akibat kehilangan tanah mereka itu.

:Pada Mei lalu, mereka memperoleh pampasan RM6.5 juta itu selepas 15 tahun.

:Terdahulu, Nurcahaya menasihati kepada semua ahli keluarga Orang Asli yang hadir supaya menggunakan duit terbabit ke jalan yang betul dan membuat simpanan demi generasi depan kerana wang itu bersifat warisan.

:Beliau memberi saranan terhadap penyelesaian itu yang akhirnya dipersetujui semua penerima.

No comments:

Post a Comment