Friday, October 1, 2010
Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry ditarik balik
KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, semalam, menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran Temenggong dan Darjah Keraba:t Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra.
:Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Aiseri Alias berkata, pelucutan gelaran Temenggong itu berkuat kuasa, semalam.
:“Sultan Muhammad V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry
:“Penarikan dan pelucutan penganugerahan gelaran Temenggong itu dimaklumkan kepada Tengku Muhammad Fakhry melalui surat yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian.
:"Surat itu diserahkan kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam),” katanya pada sidang media khas di pejabatnya, semalam.
:Aiseri berkata, surat berkenaan diserah-kan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Rosdi Ismail.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment