Friday, October 1, 2010

Menteri Israel perlekeh rundingan damai




NEW YORK - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman mencadangkan 'pertukaran kawasan berpenduduk' dengan Palestin sebagai sebahagian daripada perjanjian damai antara kedua negara.

Cadangan kontroversi Lieberman itu melibatkan pengusiran penduduk berbangsa Arab di Israel, iaitu warga Palestin yang masih tinggal di tanah asal mereka selepas rejim Zionis merampas negara itu.

Lieberman, menteri yang berasal daripada penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah Palestin, menyuarakan cadangan itu semasa ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Selasa lalu.

Beliau juga tidak yakin proses damai dengan Palestin akan berjaya, dan menolak mentah-mentah permintaan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas supaya tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dilanjutkan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mewakili rejim itu dalam rundingan damai kali ini tidak menolak atau menerima cadangan menteri kanannya itu berhubung pertukaran kawasan berpenduduk.

No comments:

Post a Comment