Friday, October 1, 2010

Kerajaan perlu kaji semula tindakan ISA



KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kerajaan mempertimbangkan menggunakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap individu yang mencetuskan isu-isu sensitif terutamanya mengenai agama dan negara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kerajaan perlu bertindak pantas untuk mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kerana sekiranya sesuatu isu sensitif tidak diselesaikan, ia akan menggugat keharmonian negara membabitkan bangsa dan penganut agama yang berbeza.

“Prosedur siasatan yang sedia ada sekarang untuk mendakwa seseorang yang mencetuskan isu-isu sensitif mengambil masa terlalu lama yang membabitkan polis, pendakwa raya dan pelbagai pihak yang lain sehingga menyebabkan ada pihak yang melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti kaum lain secara konsisten,” katanya.

Beliau mengulas terhadap laporan berita baru-baru ini mengenai tindakan seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam satu ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak yang disiarkan di Internet. - Bernama

No comments:

Post a Comment