Friday, October 1, 2010
Warga emas jadi pak turut
BUTTERWORTH - Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat (SPPR) negeri menganggap 40 warga emas yang memulangkan wang Skim Penghargaan Warga Emas (SPWE) sebagai 'pak turut' pemimpin UMNO semata-mata.
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, warga emas terbabit sebenarnya telah dipergunakan pemimpin UMNO negeri yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan negeri membela rakyat melalui pemberian wang ihsan itu.
“Kita hairan kenapa tiba-tiba UMNO negeri ini begitu prihatin tentang permasalahan rakyat dengan mengatakan wang yang disalurkan bawah program ini adalah dari sumber judi,” katanya pada sidang media di Dewan Haji Ahmad Badawi, di sini, petang semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan 40 warga emas kelmarin yang memulangkan RM100 ykerana was-was dengan status wang berkenaan selain enggan subahat 'memakan wang haram' jika benar wang itu dari hasil judi.
Sementara itu, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Ng Wei Aik berkata, UMNO sepatutnya mendapatkan fakta sebenar jawapan balas daripada Setiausaha Sulit Ketua Menteri kepada Penang Turf Club yang menyatakan wang akan digunakan untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukannya untuk SPWE.
“Jika mereka serius mahu menyelamatkan umat Islam daripada menerima wang hasil judi, kita cabar 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO negeri ini mengembalikan semula semua gaji dan elaun wakil rakyat mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment