2010/10/01
KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V melucutkan gelaran Temenggong yang dianugerahkan kepada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 32, berkuat kuasa semalam.
Baginda turut menarik balik Darjah Kerabat Yang Dihormati (DK) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I), yang sebelum ini dianugerahkan kepada adinda ketiga baginda itu.
Ditanya mengenai elaun, Mohd Aiseri berkata, Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak lagi menikmati elaun bagi gelaran Temenggong itu.
Dalam Perlembagaan, gelaran Temenggong ini memang ada elaun, jadi (selepas penarikan balik gelaran) kini (Tengku Muhammad Fakhry Petra) tak ada (elaun lagi), katanya.
Sementara itu, Tengku Muhammad Fakhry Petra ketika dihubungi mengesahkan menerima surat berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam.
Beliau berkata, tidak berasa apa-apa dengan surat yang memaklumkan penarikan balik gelaran Temenggong dan Darjah lain terhadap dirinya.
Saya tidak mahu memberikan komen sebab perkara pokok, iaitu isu pertikaian mengenai Tengku Muhammad Faris Petra (sebagai Sultan) masih dalam mahkamah. Pada saya (surat berkenaan) tak beri kesan, katanya.
No comments:
Post a Comment