KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang untuk membuat siasatan ke atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan polis. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas dakwaan tersebut. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu hasil siasatan dakwaan bekas Ketua Polis Negara itu, pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam. Pada 6 September lepas, Musa melahirkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang. Kementerian berkenaan kemudiannya menafikan dakwaan tersebut. - Bernama |
Wednesday, October 13, 2010
KDN tidak siasat dakwaan Musa: Hishammuddin
Labels:
Hishammuddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment