Tuesday, November 23, 2010

92 peratus tak tahu tragedi 9/11





2010/11/22

KABUL: Tidak sampai seorang daripada 10 penduduk Afghanistan tahu mengenai serangan 9/11 di Amerika Syarikat dan tindakan terburu-buru negara itu melancarkan perang terhadap mereka. 

Laporan Majlis Antarabangsa mengenai Keselamatan dan Pembangunan (ICOS) menunjukkan 92 peratus daripada warga Afghanistan yang terbabit dalam kajian itu tidak pernah dengar mengenai serangan di World Trade Center itu pada 11 September 2010.
Ia juga menunjukkan, empat dalam 10 penduduk Afghanistan percaya bahawa askar Amerika datang ke negara mereka adalah untuk memusnahkan Islam atau menduduki Afghanistan.
Pada masa sama, kajian itu tidak dapat dianggap sesuatu yang muktamad kerana ia hanya meliputi maklum balas penduduk Helmand dan Kandahar, dua wilayah perang di negara itu. 

Tetapi, keputusan itu juga menunjukkan bahawa tentera Barat yang menentang pemisah di Afghanistan gagal untuk mendekati penduduk tempatan. Agensi

No comments:

Post a Comment