Tuesday, November 23, 2010

Zaid sah bukan ahli PKR



PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan notis peletakan jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang diterima pada 19 November lalu, berkuat kuasa serta-merta. 

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Zaid sah sebagai bukan anggota PKR walaupun memberikan notis sehingga 16 Disember 2010. 

“Ini bukan kontrak pekerja. Biro Politik bersetuju dengan maksud surat itu dan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. 

“Dalam kes ini saya membantu Datuk Zaid menunaikan hasratnya untuk berundur. Lagi cepat lagi afdal. Saya secara peribadi mengucapkan selamat maju jaya,” katanya dalam sidang media Kongres Nasional PKR, di ibu pejabat parti itu, di sini, semalam, 

Saifuddin berkata, Zaid boleh merayu sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat parti itu.

No comments:

Post a Comment