Tuesday, November 23, 2010

AS tetap periksa tubuh penumpang





2010/11/22

SEORANG lelaki diperiksa di sebuah lapangan terbang di Seattle.
SEORANG lelaki diperiksa di sebuah lapangan terbang di Seattle.
Imbasan di lapangan terbang dilihat keterlaluan

WASHINGTON: Pihak berkuasa keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat tidak bercadang menarik balik pemeriksaan seluruh badan penumpang pesawat walaupun ada pihak menyifatkannya melanggar hak perlembagaan menyebabkan anggota Kongres turut bimbang. 

Ketua Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), John Pistole, mengakui semalam bahawa pemeriksaan seluruh badan atau langkah keselamatan tambahan kepada imbasan, boleh disifatkan sebagai keterlaluan.
Ia keterlaluan dan menyebabkan orang itu tidak selesa, katanya dalam program State of the Union di stesen televisyen Cable News Networks (CNN). TSA menganggarkan kurang dua peratus daripada dua juta penumpang diimbas setiap hari atau kira-kira 40,000 melalui pemeriksaan seluruh badan baru itu.
Tetapi, Pistole juga menekankan, keselamatan ketat termasuk penggunaan meluas imbasan seluruh badan di lapangan terbang akhir tahun ini adalah perlu untuk menghalang risiko pengganas. 

Saya mahu menunjukkan kami juga sensitif kepada kehendak rakyat. Saya peka kepada semua kebimbangan yang dibangkitkan. Tetapi, kami tidak akan mengubahnya, kata Pistole. 

Dengan semua juruterbang dibenarkan membawa senjata api dan kekebalan kokpit terhadap ancaman tebusan berikutan serangan 2001 terhadap New York dan Washington, imbasan sejak beberapa tahun lalu memfokuskan kepada kemungkinan rancangan pengeboman menggunakan bahan letupan yang sukar untuk dikesan. Reuters

No comments:

Post a Comment