Monday, January 31, 2011

Amaran kepada diktator Arab



KAHERAH - Kesabaran manusia ada batasnya.

Dan kini, penduduk Arab hilang sabar selepas puluhan tahun dihimpit masalah kemiskinan dan terpaksa membisu apabila melihat pemimpin mereka merompak harta negara melalui rasuah yang berleluasa.

Konflik di Mesir menjadi amaran terbaru kepada pemimpin diktator di seluruh dunia Arab dan Afrika Utara yang pastinya kini semakin tidak senang duduk selepas puluhan tahun menindas rakyat demi kepentingan diri.

Ini kerana haruman revolusi tidak hanya dapat dihidu di Mesir dan Tunisia, tetapi juga di seluruh rantau itu.

Menyaksikan keberanian saudara mereka, penduduk Algeria, Yaman, dan Jordan, turut melancarkan protes menentang pemerintahan kuku besi di negara masing-masing.

Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan kadar kemiskinan dan pengangguran tinggi disebabkan dasar ekonomi tidak cekap dan rasuah kronik, selain menuntut hak kebebasan sebagai orang awam.

Tidak hairan jika ramai penduduk dunia Arab berharap kebangkitan yang mula tercetus di Tunisia dan kini sedang berlangsung di Mesir terus merebak ke negara Arab lain sebagai menandakan permulaan pemerintahan era baru.

Jika dibandingkan, taraf hidup di Tunisia lebih baik berbanding negara Arab lain tetapi rakyat tetap mahukan perubahan kerana tidak sanggup lagi melihat keluarga Presiden Zine El Abidine Ben Ali bermaharajalela selama 23 tahun.

Tentunya kerajaan negara Arab lain di mana kemiskinan, pengangguran dan cengkaman pemerintah membuakkan lagi kebencian penduduk kepada kerajaan menyebabkan rakyat menjadi seperti bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletup.

Kebangkitan ini memang patut menyebabkan pemimpin Timur Tengah lain panik kerana ia adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dan dilihat sebagai terlalu memalukan bagi seorang pemimpin Arab.

Siapa sangka Mubarak yang dilihat berhati besi dan angkuh selama ini lekas membubarkan Kabinet dan melantik ketua agensi perisikan Mesir, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden pertama negara itu dalam tempoh 30 tahun, membuktikan beliau mula gentar terhadap kebangkitan rakyat yang ditindasnya selama ini.

Mubarak kini berada dalam keadaan paling lemah dan hakikat itu disedari rakyat, dan tiada apa yang dapat menghalang mereka daripada terus berdemonstrasi sehingga pemimpin itu tersungkur.

Dinding yang melindungi pemerintah diktator selama ini telah runtuh. Perasaan takut kepada pemimpin diktator sudah tidak wujud lagi di dunia Arab.

Revolusi ini bukan sahaja bakal memberi sinar baru dalam kehidupan rakyat di rantau itu tetapi lebih penting ia patut menjadi pengajaran kepada pemimpin dunia lain supaya tidak lupa daratan apabila diberikan amanah oleh rakyat sendiri.

Dan pemerintah Arab yang disokong kuat Amerika Syarikat (AS) patut sedar, apabila rakyat bangkit menentang, sahabat baik mereka sendiri pun tidak akan memberi sokongan, seperti yang berlaku di Mesir apabila Presiden AS, Barack Obama turut mengkritik Mubarak untuk menyelamatkan popularitinya di mata dunia.

Peminta sedekah diberi ‘gaji’ harian


DHAKA: Pihak pentadbir bandar Chittagong akan membayar wang kepada peminta sedekah sepanjang pertandingan kriket Piala Dunia dilangsungkan bulan depan.
Datuk Bandar Chittagong, Manzurul Alam, berkata tindakan itu dibuat bagi mengelak peminta sedekah mengganggu orang ramai atau mencacatkan pandangan sempena pertandingan penting berkenaan.

Katanya, setiap peminta sedekah akan diberi upah RM6.50 sehari.

“Bayaran ini hanya akan diberikan kepada peminta sedekah yang benar-benar cacat fizikal,” katanya.

Pada peringkat ini bantuan berkenaan akan diberi bagi tempoh tiga bulan.

“Kerajaan bercadang memberi tempat untuk pemulihan kepada mereka selepas itu,” katanya.

Manzurul berkata, dia akan bertemu dan berbincang dengan wakil peminta sedekah esok. - AP

Cikgu Mala tak mengundi, suami 'muncul' semula



NORMALA Sudirman dan suaminya, Maarof Abd. Mutalib berjalan menemui pengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas, semalam.


LABIS 30 Jan. - Sejak awal pagi lagi, calon Pas, Normala Sudirman keluar untuk membuat tinjauan di pusat-pusat pembuangan undi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini hari ini.
Normala bagaimanapun tidak mengundi hari ini kerana beliau bukan pengundi berdaftar di DUN Tenang, sebaliknya di DUN Kemelah.
Suaminya, Maarof Abd. Mutalib yang 'menghilangkan diri' sejak beberapa hari lalu turut dilihat menemani isterinya itu menemui pengundi di beberapa pusat pembuangan undi.
Kelmarin, Maarof menjadi buruan ramai pihak apabila media mendedahkan beliau mengambil cuti sakit selama 21 hari tetapi pada masa yang sama dilihat membantu isterinya berkempen siang dan malam.
Normala yang ditemui pemberita berpuas hati dengan perjalanan proses pembuangan undi hari ini.
Beliau berkata, meskipun hujan lebat sejak awal pagi, namun para pengundi tetap keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru.
"Semuanya berjalan dengan baik. Saya sendiri keluar meninjau pusat pembuangan undi dan gembira dapat berjumpa dengan para pengundi," katanya.
Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, pihak berkuasa terutamanya polis telah menjalankan tanggungjawab dengan baik bagi memastikan kawasan pusat pembuangan undi selain trafik berjalan dengan lancar.
Beliau turut meluangkan masa meninjau ke beberapa kawasan kampung yang dinaiki air berikutan limpahan air sungai akibat hujan lebat.

Majlis persandingan Ayu-Zaquan meriah



AYU Raudhah Che Wan dan Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak menemui tetamu yang menghadiri majlis persandingan mereka di Dewan Pusat Islamiah, Paroi, Seremban, semalam. - Utusan/Abd. Razak Aid


REMBAU 30 Jan. - Lebih 1,500 tetamu dan peminat menghadiri majlis persandingan pelakon Ayu Raudhah Che Wan dan pasangannya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak di Dewan Pusat Islamiah, Paroi di sini hari ini.
Sungguhpun hujan renyai-renyai sepanjang majlis persandingan di pihak lelaki itu berlangsung, namun ia tidak menjejaskan kemeriahan majlis persandingan tersebut.
Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran para tetamu jemputan terdiri daripada sahabat handai dan keluarga terdekat kedua-dua mempelai.
Antara artis terkenal yang menghadiri majlis berkenaan ialah Mazlan Pet Pet, Rozita Che Wan dan pemain skuad bola sepak Negeri Sembilan.
Turut hadir jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa.
Ayu Raudhah, 27, dan Mohd. Zaquan Adha, 24, yang anggun dan segak mengenakan busana berwarna biru kelihatan ceria melayan para tetamu serta peminat yang hadir.
Mohd. Zaquan Adha yang ditemui selepas majlis itu berkata, dia bersyukur kerana majlis tersebut berjalan lancar walaupun hujan sejak awal pagi.
"Saya gembira kerana majlis ini berjalan seperti yang dirancang dan saya berharap perkahwinan ini kekal sepanjang hayat.
"Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu terutama peminat yang banyak menyokong kerjaya saya dan Ayu selama ini," katanya.
Kedua-dua pasangan tersebut selamat diijabkabulkan pada 21 Januari lalu di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah hampir empat bulan bertunang.

Banjir: Pengantin sedih persandingan dibatalkan



MOHD. Arbain Tolha dan isteri, Raja Hairul Azliza Raja Rosli tetap ceria walaupun banjir menjejaskan majlis persandingan mereka di Kampung Plentong Baru, Johor Bahru, semalam. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 30 Jan. - Siapa sangka hari bahagia pasangan pengantin baru, Raja Hairul Azliza Raja Rosli dan suami, Mohd. Arbain Tolha yang sepatutnya meriah dengan gelak tawa bertukar sebaliknya apabila banjir melanda kawasan rumah mereka.
Majlis yang sepatutnya bermula seawal pukul 9 pagi di Kampung Plentong Baru itu terpaksa dihentikan apabila air hujan mula membanjiri pekarangan rumah sehingga paras lutut.
Malah, persandingan yang dijadualkan dilangsungkan selepas solat Zohor itu juga terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat sejak semalam.
Raja Hairul Azliza, 24, ketika ditemui nyata terkilan dengan kejadian tersebut apatah lagi ia merupakan perkahwinan pertama di dalam keluarganya.
"Sedih sangat sebab segalanya sudah dirancangkan. Kira-kira 1,200 tetamu dijemput untuk meraikan hari bahagia kami. Biar apa pun saya dan keluarga reda dengan apa yang terjadi. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.
"Ini merupakan kali pertama rumah saya dinaiki air. Selama ini jika hujan sekalipun tidaklah sampai banjir," katanya yang bekerja sebagai jururawat di Pengerang.
Kata beliau, pihaknya terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 melibatkan penyelenggaraan makanan, pelamin, makan beradab dan perabot.
Sementara itu, suaminya, Mohd. Arbain, 25, yang bekerja sebagai pembantu perubatan di Klinik Kesihatan Lok Heng, Kota Tinggi berkata, hujan renyai sudah bermula sewaktu majlis akad nikah semalam.
Katanya, keadaan bertambah buruk apabila sistem perparitan di kawasan kampung berkenaan tidak diselenggara dengan baik.
"Hujan lebat ini tidak mampu ditampung oleh parit atau longkang yang hanya dalamnya beberapa inci sahaja. Ia memerlukan satu longkang yang besar," katanya lagi.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi banjir di daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang mendapati kawasan rendah mula digenangi air sejak pukul 11 pagi sehingga paras lutut.
Antara kawasan yang terlibat adalah Taman Kota Puteri, Kampung Baru Plentong, Jalan Masai Lama-Kong Kong dan beberapa kampung sekitarnya.
Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.
Malah banjir juga dilaporkan mulai surut apabila hujan berhenti kira-kira pukul 2 petang ini.

Sunday, January 30, 2011

Isu Kenyataan Lee Kuan Yew : Utusan Malaysia Akhbar Minda Kelas Ketiga


Untuk kesekian kalinya, Utusan Malaysia berjaya membuktikan dirinya sebagi akhbar minda kelas ketiga. Barangkali dikekang oleh statusnya sebagai akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia terpaksa bertindak di luar batas etika kewartawanan. Semalam 27 Januari 2011, muka depannya memaparkan satu fitnah yang maha besar terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Di bawah tajuk besar, “Kuan Yew Takut Jiran”, Utusan memetik kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu yang mencadangkan agar umat Islam mengurangkan pegangan terhadap Islam.  Apa yang menjadikan laporan itu hebat ialah ayat ringkas Nik Aziz pertahan Kuan Yew dan juga ruangan Senyum Kambingnya yang mengembek dengan dialog, Apa nak buat, dia Tok Guru celaru.

Nampaknya Utusan Malaysia berusaha bersungguh-sungguh untuk memutarkan fakta yang barangkali sukar untuk dipercayai hatta oleh ahli-ahli UMNO sekalipun. Munasabahkah pada pemikiran seorang yang waras, seorang Menteri Besar yang dikenali sebagai orang yang paling kuat berusaha memahamkan rakyat tentang nilai Islam, menjadi orang yang menyokong supaya nilai Islam dikurangkan? Logikkah seorang yang saban minggunya berkuliah menghuraikan tafsiran al-Quran tiba-tiba cenderung agar nilai Islam dikurangkan? Untuk mempercayai premis inipun sudah sukar, lainlah jika pemimpin yang dikenali sebagai tahi judi, kaki rasuah atau sekurang-kurangnya gagal membimbing ahli keluarganya patuh pada agama berkata demikian.

Saya tidak berada di dalam sidang media tersebut yang didakwa dibuat selepas Mesyuarat Exco Kelantan pada 26 Januari 2011. Bagaimanapun, hasil bantuan rakan-rakan wartwan yang lain, rakaman membuktikan bahawa apa yang disebut oleh Nik Aziz ialah,”Tidak pelik jika Lee Kuan Yew menolak Islam, kerana dia bukan Islam. Apa yang pelik ialah orang Melayu yang tolak Islam dan mengambil fahaman nasionalis..” Itu saja. Barangkali tahap penguasaan bahasa Melayu yang rendah di kalangan wartawan Utusan Malaysia menyebabkan mereka gagal memahami premis semudah ini. Mungkin wartawannya lebih baik membuat liputan berkenaan isu-isu kebersihan sahaja kerana ia barangkali lebih mudah dan tidak memerlukan daya penguasaan bahasa yang mantap. Laporan kawan media saya, saudara Yulpisman di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 28 Januari 2011 boleh dirujuk.

Mudah sahaja mahu memahami hasrat hati media sebegini, mereka mahu Nik Aziz menari seirama dengan mereka. Apabila Lee Kuan Yew dilaporkan mengucapkan kata-kata demikian, mereka mahu Nik Aziz bangkit menentang seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang akan bangun menentang. Barangkali akan adanya kata-kata Jangan jolok sarang tebuan, jangan main api dan sebagainya sebagaimana budaya geng-geng songkok yang tinggi. Jika NIk Aziz seirama dengan mereka, dilihat seolah-olah masyarakat Islam di Malaysia bersatu di bawah kepimpinan UMNO menghadapi apa yang disebut sebagai ancaman luar. Sayangnya, Nik Aziz tidak begitu. Mereka pula dibidas lebih dahsyat daripada Lee Kuan Yew sendiri!

 Sewajarnya Utusan Malaysia sebagai akhbar yang ‘paling prihatin’ terhadap nilai-nilai Islam ini melihat kepada kenyataan yang lebih merbahaya yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang terkenal dengan aksinya satu ketika dahulu. Jika Utusan Malaysia terlepas pandang, sukalah saya memaklumkan bahawa orang itu telah berkata di dalam isu bersalaman bukan mahram, "So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the... religious values when I'm not practising that religion? I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands,"

Barangkali, kanta Utusan Malaysia terlampau besar sehingga terlihat ‘kuman’ di seberang sehingga terlupa ‘gajah’ di Johor.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
28 Januari 2011.

-penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

Lawatan kaum India / Hindu dari Hulu Selangor 29/01/2011

Cukuplah Hosni! pergi anda!




Sekumpulan penunjuk perasaan bersolat di hadapan pasukan polis antirusuhan di Kaherah kelmarin.


KAHERAH – Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.
Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.
Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.
Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.
Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.

SEORANG penunjuk perasaan yang cedera dibawa oleh rakan-rakan mereka.


Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.
Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.
Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.
Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.
Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.
Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.
“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.
Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.
Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi

Saturday, January 29, 2011

ANWAR DITAHAN EKORAN JADI AGEN ASING?



Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Datuk Seri Najib Razak untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Demikian kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Anwar, laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai beliau untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Katanya, laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha mereka demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga (gambar kanan), sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib, tegas Anwar.

Katanya, Najib sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat.

Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan, dakwa beliau.

"Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

"Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya.

"Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat," kata Anwar lagi...

ISU INI AKAN MENJADI SENJATA NAJIB UNTUK MENAHAN ANWAR KARENA ANWAR JADI AGEN ASING....

ANWAR HARUS MASUK PENJARA KARENA IA AKAN MENJEJASKAN PELUANG BN UMNO UNTUK PRU 13 BETULKER...
BUKU JINGGA INI AKAN MENJADIKAN PARA GURU IKUT TERBUKA HATI PIKIRANNYA DENGAN BONUS RM 500 PAKATAN RAKYAT..
MANA LAGI UMNO NAJIB NAK CARIK SOKONGAN..

NI MESTI ALASAN TERAKHIR TUK MASUKKAN ANWAR BUKAN.. ATAU TUNGGU ANAK DARA HAFILDA BUAT KES BARU..HA HA ..BETULKER TAKUT GUA..
http://suwaritimur.blogspot.com

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/01/anwar-ditahan-ekoran-jadi-agen-asing.html#ixzz1CNYmkKK0

Friday, January 28, 2011

Nora Danish punca Fasha, Jejai putus



“Terus terang saya katakan, sejak dahulu lagi, saya kurang senang dengan pilihan Fasha. Seperti ada yang tidak kena. Tetapi, Fasha tekad dengan pilihannya,” kata ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man berhubung episod cinta duka melanda anak kesayangannya itu.

Sebagai ibu dan orang paling rapat dengan Fasha, Hatijah yang membahasakan dirinya sebagai Mama turut bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas anak kesayangannya itu.

“Ternyata sangkaan Mama benar. Akhirnya hubungan mereka berakhir. Bukan gembira, tetapi mungkin jalan terbaik untuk Fasha.

“Sebagai ibu, Mama hanya boleh beri nasihat dan hanya doa yang terbaik untuk Fasha,” katanya.

Tanpa berselindung, Hatijah mendakwa Nora Danish adalah punca Fasha dan Jejai putus.

“Mama tahu, sepanjang percintaan mereka, bekas isterinya (Nora Danish) tidak puas hati dengan Fasha. Mama ada terima SMS daripada Jejai sebelum dia berangkat ke Jepun. Sejak awal, Jejai bertegas dia tidak akan ke sana.

“Sedih apabila mengenangkan nasib anak sendiri. Tetapi, Mama tahu Fasha kuat semangat. Walaupun suka mengambil sikap berdiam diri, tetapi Fasha tidak mudah patah semangat.

“Mama harap apa yang berlaku akan ada hikmah terbaik untuk Fasha. Mama harap Fasha akan dapat seseorang yang boleh memberi didikan agama dan membimbingnya,” katanya.



Fasha tunjuk bukti!

Berang dengan kenyataan Nora di sebuah akhbar tabloid, Fasha tampil mendedahkan bukti menerusi twitternya.

Pelakon jelita itu menjelaskan hubungannya dengan Jejai, masih seperti biasa sehingga 18 Januari lalu sekali gus menyangkal dakwaan Nora yang hubungan mereka sudah berakhir dua bulan lalu.

Fasha turut mendedahkan beberapa pesanan SMS dan BBM antara mereka berdua ketika Jejai dan keluarganya bercuti ke Jepun.

Antara kata-katanya di dalam laman sosial itu berbunyi; “I’m tired. Now I dah prove that kenyataan I that I break up on the 18th. So tak perlu kita bercakap pasal ni lagi. So I juga dah besertakan bukti. Terlalu banyak sangat bukti in my phone, kalau nak lampirkan semua, sebulan pun tak habis. Harap spekulasi ni berhenti di sini.”

Pada masa sama, Fasha seakan melepas geram terhadap bekas isteri Jejai itu dengan mendakwa Nora membuat kenyataan tanpa usul periksa melalui twitter.

Pun begitu, pelakon drama Chinta itu tidak mahu ditemu bual kerana tidak mahu terus tertekan dengan kisah peribadinya.



Bukan salah saya: Nora

Sementara itu, Nora Danish enggan namanya dikaitkan dalam isu perpisahan antara Fasha dan Jejai.

“Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai hal ini kerana ia tidak ada kaitan dengan saya,” katanya.

Nora berkata, dia tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku antara Fasha dan bekas suaminya itu.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan mereka berdua. Cukuplah sampai di sini nama saya dikaitkan. Saya tidak mahu dikatakan sebagai punca.

“Saya tidak pernah ambil tahu mengenai mereka dan jangan ada pihak membuat tuduhan terhadap saya.

“Biar saya dengan kehidupan saya dan mereka dengan hal mereka,” katanya yang sebelum ini bercuti dengan keluarga Jejai, di Jepun.

Terdahulu, Fasha turut dikatakan menjadi punca penceraian antara Nora dan Jejai.

Kini, Nora pula dikatakan menjadi punca perpisahan antara Fasha dan bekas suaminya.

Anak tolak debat tertutup


 



LABIS - Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menolak cabaran dialog secara tertutup yang dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, dialog tertutup tidak akan membuahkan jalan penyelesaian sebaliknya hanya mengecewakan.

“Cabar, kalau sekadar tertutup tidak perlu... saya boleh telefon dia, kerana saya ada nombor telefon dia.

“Jom kita makan ikan baung di restoran bandar Segamat dan duduk bersembang dengan dia, tak payah bawa wakil 15 orang, cukup dia dan saya.

"Sembang kedai kopi, kena teh... kena nasi, saya boleh sebut apa isunya. Tetapi apa maknanya dialog tertutup dalam keadaan tidak semua isu boleh dibuka," katanya.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Ketua Penerangan Pas Johor berkata, siri dialog secara tertutup ini telah dibuat sejak 15 tahun lalu dengan pelbagai individu tetapi hasilnya tetap sama, sangat mengecewakan.

“Ada rasionalnya debat terbuka dilakukan, supaya warga Felda terutamanya orang muda dapat dengar, boleh muktamadkan kalau beliau berjanji, anak peneroka boleh menjadi saksi.

“Biar anak peneroka jadi saksi dan persoalkan bila perumahan untuk generasi kedua ini, hari ini tahun depan... 10 tahun lagi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, biar timbalan menteri itu menjawab secara terbuka dan pihaknya akan pegang janji-janji dikatakan, kerana mereka telah menunggu terlalu lama.

“Saya tunggu sampai esok, sebagaimana debat saya. Kita akan tunggu di mana-mana, hatta di bilik gerakan BN, saya akan datang,” katanya.

“Tetapi sampai 28 Januari ini, sekiranya jawapannya (Ahmad) masih sama, saya akan isytiharkan bahawa Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan penakut dan tidak layak serta tidak berani untuk bertanggungjawab terhadap tanah rancangan Felda,” katanya.

BN mungkin sukar menang besar

PILIHAN RAYA KECIL DUN TENANG

Kempen DAP semakin dapat sambutan pengundi Cina

LABIS: Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan sekurang-kurangnya majoriti 5,000 undi dalam pilihan raya kecil Ahad ini mungkin lebih sukar.
Ini kerana momentum kempen Parti Tindakan Demokratik (DAP) - salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR) - di kalangan pengundi berbangsa Cina di kawasan undi itu kini kelihatan semakin rancak, demikian menurut laporan sebuah laman berita tempatan.The Malaysian Insider semalam melaporkan ia difahamkan bahawa anggota Umno yang berkempen bagi pihak parti komponen BN itu, yang pada mulanya yakin dapat menambat hati majoriti pengundi Melayu di Tenang, kini mulai menyalahkan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kerana gagal menyekat pengaruh DAP yang semakin bertambah sejak hari penamaan calon.'Saya fikir mereka telah memperkecilkan pengaruh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Cina. Mereka menarik minat pengundi di sini dan tidak seperti PAS (Parti Islam SeMalaysia), ceramah-ceramah DAP hanya dihadiri oleh penduduk setempat,' kata seorang pegawai Umno yang bercakap atas syarat namanya tidak didedahkan.Penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang, dan anak beliau, Encik Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung parti itu, menghabiskan masa sehari suntuk memberi ceramah dalam dua perhimpunan PR di Labis Tengah.Kededua perhimpunan itu, yang diadakan pada malam Isnin dan Selasa, menarik kehadiran sekurang-kurangnya 300 penduduk setempat, yang boleh dianggap sebagai satu jumlah agak besar dalam kempen pilihan raya DUN Tenang itu.Malah, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut menyampaikan ceramah pada satu acara ceramah DAP malam kelmarin - sebagai satu isyarat adanya perpaduan antara dua parti komponen PR itu.Ketibaan beliau di kawasan undi Labis Tengah telah diumumkan oleh Ahli Parlimen DAP Serdang, Cik Teo Nie Ching, yang mengucapkan terima kasih kepada Datuk Nik Abdul Aziz kerana mempertahankan beliau semasa beliau dikritik kerana melawat ke sebuah masjid baru-baru ini.'Pilihannya amat mudah di sini, undilah Cikgu Normala,' kata Datuk Nik Abdul Aziz merujuk kepada calon PAS, Cik Normala Sudirman.Mursyidul Am PAS itu berada di Tenang, semalam, untuk membantu kempen calon partinya itu.Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, semasa membuat kunjungan rumah ke rumah penduduk di beberapa kampung di sekitar Pekan Ayer Panas, di sini, pula dipetik oleh laporan agensi berita Bernama, semalam, sebagai berkata para pengundi DUN Tenang perlu menolak pembangkang yang hanya tahu melempar tohmahan dan bercakaran sesama sendiri tanpa mempedulikan tentang pembangunan negara.'Jangan buat pilihan yang salah pada 30 Januari ini, pastikan kita undi BN. Pembangkang hanya tahu bercakaran sesama sendiri dan tidak pernah membuat sebarang sumbangan kepada rakyat dan negara,' katanya, sambil menambah, hanya BN yang mampu melaksanakan program pembangunan demi kebaikan rakyat.Sementara itu, kawasan DUN Tenang dilanda hujan dan banjir kilat di beberapa kawasan semalam, tetapi ia tidak melembapkan semangat berkempen kededua parti.

Kecuali Muslim, masyarakat lain jalani integrasi dengan mudah

SINGAPURA

MM Lee rasakan masalah timbul menyusuli kebangkitan Islam dari negara Arab

Kenyataan Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew, tentang isu integrasi dan masyarakat Muslim mendapat reaksi meluas. Ikuti sedutan kenyataan beliau yang dipetik daripada buku terbarunya, 'Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going (Kebenaran Pahit Untuk Meneruskan Penakatan Singapura)', dan reaksi terhadap kenyataan tersebut
SOALAN (S): Pandangan anda tentang dasar berbilang kaum merupakan asas pembangunan Singapura sejak 45 tahun lalu. Di Hari Kemerdekaan Singapura pada 9 Ogos 1965, anda berikrar Singapura tidak akan menjadi negara Melayu, Cina atau India. Apakah penilaian anda mengenai kemajuan Singapura ke arah dasar berbilang kaum ini?Jawapan (J): Saya harus berterus terang tetapi saya tidak mahu menyinggung perasaan masyarakat Islam. Saya fikir kita telah mengecapi kemajuan yang baik sehinggalah timbul kebangkitan Islam, dan melalui pemerhatian saya, masyarakat lain menjalani integrasi dengan mudah - melalui teman, perkahwinan campur dan sebagainya, orang India dan Cina - berbanding kaum Muslim. Itu (kesukaran integrasi oleh kaum Muslim) adalah kerana kebangkitan (Islam) dari negara-negara Arab.Oleh itu, jika anda ingin berkahwin dengan seorang Muslim, anda harus menjadi Muslim, ini satu langkah besar bagi seseorang bukan Muslim. Ia merupakan satu perubahan hidup yang besar. Anda pergi ke masjid, anda mempelajari bahasa Arab, mengamalkan solat, dan diet anda juga berubah. Dan saya fikir ini semacam satu hambatan yang agak sukar di atasi.Saya mengambil ikrar idealisme Rajaratnam pada masa di mana saya sedar sepenuhnya bahawa adalah sukar dicapai bagi tempoh yang lama, dan ia bergerak secara perlahan sehingga berlaku kebangkitan tersebut. Hari ini, kita berupaya menjalani integrasi dengan semua agama dan kaum, kecuali Islam.S: Adakah anda berkata adanya orang Islam di Singapura merupakan hambatan utama ke arah keharmonian kaum di sini?J: Saya tidak berkata begitu. Saya fikir Muslim secara sosial tidak menimbulkan masalah, tetapi mereka berbeza dan terasing. Generasi yang bekerja dengan saya - Othman Wok, Rahim Ishak - sebelum kebangkitan tersebut berlaku dan mempengaruhi mereka; generasi tersebut menjalani integrasi dengan baik. Kami minum bir, pergi memancing undi dan berkempen bersama, kami makan bersama.Kini mereka bertanya, 'Adakah pinggan ini bersih?' Saya berkata, 'Daripada mesin pencuci yang sama.' Isu tentang halal dan bukan halal semuanya boleh mengasingkan sesuatu kaum dengan yang lain. Ia membezakan saya dengan anda: 'Saya mempunyai kepercayaan, anda tidak.' Tiada sesiapa yang sangsi terhadap tahap kebersihan dan ia tidak ada kaitan dengannya, hanya kepercayaan agama yang membuat anda tidak melakukannya.S: Jadi apakah yang harus orang Islam lakukan untuk berintegrasi?J: Kurangkan amalan kuat Islam dan berkata, 'Baik, saya akan makan bersama anda.'S: Namun terdapat cara lain untuk berintegrasi tanpa berkongsi makan?J: Saya beritahu anda tentang reaksi seorang bukan Melayu, bukan Islam. Perdana Menteri menganjurkan jamuan perpisahan kepada semua Anggota Parlimen yang akan bersara. Jadi Othman Wok, seorang AP pesara, turut diundang. Beliau berada di meja saya. Saya mendapati beliau diberi makanan khusus. Saya berkata, 'Othman, adakah anda meminta makanan khusus?' Beliau jawab tidak. Lantas saya memanggil pelayan. Saya bertanya, 'Mengapa anda memberinya makanan berbeza? Mengapa beliau tidak boleh makan yang sama macam saya? Tiada babi pada makanan ini.' Dia menjawab, 'Tuan, peraturannya adalah semua Muslim mendapat makanan Muslim sekarang, kalau tidak akan mencetuskan rasa tidak senang.'S: Adakah anda tersinggung beliau mendapat makanan berbeza?J: Tidak, saya hanya berasa dunia sudah berubah, bahawa teman saya sudah berubah. Beliau merupakan teman lama yang sama sejak berdekad lalu, Othman Wok yang berkempen bersama-sama saya pada tahun 1950-an hingga 1970-an kini sudah berubah. Itu adalah kenyataan hidup.Saya tidak menyatakan ia betul atau salah. Saya hanya berkata sebagai seorang Muslim, tekanan adalah ke atasnya supaya berkelakuan sedemikian di mata awam.Saya bersekolah di Sekolah Inggeris Telok Kurau dan Raffles Institution, dan mempunyai ramai rakan Melayu. Beberapa rakan saya dari Telok Kuau juga ke Raffles dan kami bersahabat sepanjang tempoh persekolahan kami. Kami makan nasi lemak atau nasi goreng bersama, yang dibeli daripada wanita-wanita yang menjualnya di luar sekolah.Pada waktu itu, tiada kantin sekolah, jadi anda membeli nasi lemak berharga 2 sen dan anda memakannya bersama.Kini anda pergi ke sekolah dan universiti yang ada pelajar Melayu dan Cina, terdapat bahagian halal dan bukan halal dan para pelajar duduk berasingan agar (makanan) tidak dicemari. Semua itu menjadi jurang sosial. Saya tidak mengatakan ia betul atau salah. Saya hanya berkata ia adalah tuntutan agama, namun akibatnya terdapat satu jurang yang saya fikir direka sedemikian rupa. Islam adalah eksklusif.

Tabah jaga suami lumpuh



PONTIAN - “Biar apa pun keadaannya, dia tetap suami saya meskipun keadaannya tidak seperti dulu,” kata isteri kepada Nazery Awang, 50, selepas lelaki itu lumpuh dan mengalami kecederaan serius di bahagian otak.

Fatimah Md Noor, 48, berkata, kasih sayangnya terhadap Nazery tidak pernah luntur meskipun suaminya itu lumpuh dan tidak lagi mampu menjalani kehidupan normal berikutan mengalami masalah gangguan saraf otak.

Malah, Fatimah menganggap keadaan suaminya itu sebagai ujian Allah untuk membuatkannya lebih kuat dan berani mendepani hidup selain tabah menjaga Nazery serta dua lagi anaknya.

“Dugaan ini terpaksa saya hadapi memandangkan dia (Nazery) sudah tidak lagi berupaya dan sukar untuk mengingat selepas terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Pontian, di sini.

Nazery yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Cawangan Pontian terbabit dalam kemalangan pada 20 Disember tahun lalu selepas motosikal yang ditungganginya disondol seekor babi hutan di Kampung Pontian, Kuala Rompin.

Akibat kemalangan itu, Nazery dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selama 18 hari sebelum menjalani pembedahan otak sebanyak dua kali di hospital sama.

Fatimah berkata, nasib Nazery kini hanya bergantung kepada tiub getah untuk menyalurkan makanan dan membuang najis kerana suaminya itu tidak lagi berupaya sejak peristiwa itu.

“Tanggungjawab menjaganya terletak di bahu saya memandangkan kesihatan suami tidak lagi seperti dulu dan dia hanya meminum susu khas untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pontian, Mohd Azrul Ali menyifatkan Nazery sebagai seorang pemimpin yang dihormati di kampung itu dan aktif dalam program kemasyarakatan.

“Sebagai pemimpin dalam kalangan Pemuda, saya mengenali Nazery kerana ketokohannya dan kami amat bersimpati dengan keadaan serta kesulitan yang sedang ditanggung lelaki ini,” katanya.

Nenek risau rumah roboh

 

CHETOK – Seorang warga emas di sini risau memikirkan keselamatan dua cucunya ketika hujan lebat kerana mungkin mengakibatkan rumahnya di Kampung Cabang Tiga, Chetok yang berusia lebih 30 tahun roboh akibat dipukul ribut.

Zainab Samat, 61, berkata, ekoran kesukaran hidup, dia tidak mampu membaiki atap rumahnya yang bocor dan dinding reput ekoran anai-anai.

“Setiap kali hujan, mak cik dan dua cucu terpaksa berteduh di bahagian dapur kerana risau angin kuat akan merobohkan rumah,” katanya semalam.

Zainab berkata, anaknya, Sabariah Mat Daud, 32, yang juga ibu tunggal bekerja di Pengkalan Chepa bagi menyara keperluannya dan dua anaknya yang masih kecil.

Katanya, cucunya, Aiman Afifi Hishamudin, 12, bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini manakala adiknya, Aida Wanis Hishamudin masih bersekolah di tahun tiga Sekolah Kebangsaan Cabang Tiga Chetok.

Menurutnya, dia mengambil upah menoreh getah berdekatan rumah bagi menambahkan pendapatan bagi menyara keperluan pembelajaran dua cucunya itu.

“Memandangkan Aiman Afifi adalah murid cemerlang di sekolah, makcik mahu pastikan semua kelengkapan sekolahnya dapat disediakan, namun untuk mendapatkan rumah yang baik, terlalu sukar.

“Makcik cuma mahu Aiman Afifi dan Aida Wanis dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik, tanpa ada perasaan risau mengenai keselamatan mereka ketika belajar menjelang hujan,” katanya.

Empat adik-beradik akhirnya dapat sijil lahir




MUSTAFHA (kanan) menyerahkan sijil kelahiran kepada empat adik-beradik sambil diperhatikan Syawal (dua dari kiri) di Ampang semalam.


AMPANG - Penantian empat beradik yang tidak mempunyai sijil kelahiran berikutan masalah ketiadaan dokumen perkahwinan ibu bapa mereka berakhir semalam.
Adik-beradik tersebut, Mohammad Amirul, 12; Mohamad Akhmal, 11; Nuraliah Maisarah, 8, dan Nurayuni Layla Witra, 5, menerima sijil lahir masing-masing di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor di sini.
Pengarah JPN negeri, Mustafha Mohammad memberitahu, pihaknya membantu kanak-kanak tersebut selepas masalah mereka didedahkan Kosmo! baru-baru ini.
"Hasil siasatan mendapati masalah itu berlaku kerana ketiadaan dokumen perkahwinan ibu bapa mereka, Syawal Potrah, 36, dan Duanah Abdul Latif, 39.
"Dalam tempoh 10 hari selepas masalah mereka disiarkan oleh Kosmo!, kakitangan JPN berjaya menyelesaikan masalah mereka seterusnya mengeluarkan sijil lahir," katanya selepas menyerahkan sijil lahir kepada empat kanak-kanak tersebut.

Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan



KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.
Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.
“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.
“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam.

Strategi Kuan Yew cuba lagakan negara jiran?



KUALA LUMPUR 27 Jan. - Dakwaan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew bahawa wujudnya konspirasi dalam kalangan negara jiran yang mahu menjatuhkan Singapura adalah strategi beliau untuk menimbulkan kekecohan dan melaga-lagakan negara di rantau ini.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, dakwaan tersebut akan mewujudkan konflik antara Singapura dengan negara tetangga termasuk Malaysia dan Indonesia.
Katanya, kenyataan tidak bertanggungjawab itu seolah-olah sengaja dilakukan oleh Menteri Mentor Singapura itu.
''Dalam hal ini, kita mahukan kerajaan Singapura pimpinan anak Kuan Yew sendiri iaitu Lee Hsien Loong menyatakan pendirian sebenar republik itu terhadap negara-negara jirannya sama ada menyokong kenyataan peribadi Kuan Yew itu atau sebaliknya kerana ia memberi kesan kepada hubungan antara negara di rantau ini.
''Bagi pihak MBM, kami akan mengusulkan agar isu ini dibincangkan pada dialog Malindo di antara persatuan belia Malaysia dan Indonesia yang dijangka berlangsung tahun ini kerana kenyataan terbuka Kuan Yew itu dilihat mengancam ketenteraman rantau Asia Tenggara," katanya.
Beliau mengulas dakwaan Kuan Yew menerusi buku Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going mengenai wujudnya kempen dari luar untuk menjatuhkan negara itu kerana dianggap penceroboh selain menurutnya terdapat usaha di pihak Malaysia dan Indonesia mahu menjejaskan perniagaan pelabuhan negara berkenaan.
Tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula berpendapat, dakwaan Kuan Yew terhadap negara-negara jirannya itu merupakan strateginya untuk mengalihkan perhatian rakyat Singapura terhadap masalah dalaman yang melanda negara tersebut.
Katanya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Singapura mengalami masalah dalaman sehingga Kuan Yew terpaksa menutup sebuah universiti tempatan iaitu Universiti Nanyang tanpa sebab munasabah.
''Kita jangan layan dakwaan-dakwaan Kuan Yew. Beliau sudah menggunakan strategi yang sama sejak era 1960-an lagi dan semua orang tahu beliau ada agenda tersembunyi.
''Tindakan beliau itu semata-mata mahu melaga-lagakan rakyat negara jiran. Kita jangan lupa bahawa beliaulah punca berlakunya rusuhan antara kaum suatu ketika dahulu, jadi jangan ambil berat sangat mengenai dakwaan beliau itu," ujarnya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan berkata, kenyataan Kuan Yew itu tidak mengutamakan dasar multilateral dan bilateral yang diamalkan oleh kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara.
Katanya, tiada sebab untuk Kuan Yew takut kepada negara jirannya kerana selama ini negara-negara tersebut tidak pernah mengancam keamanan Singapura.
''Jika terdapat sebarang masalah atau mungkin Kuan Yew berasa tertekan dengan pembangunan pesat Malaysia serta negara jiran lain seperti Thailand dan Indonesia, beliau sepatutnya menggunakan pendekatan ASEAN untuk menyelesaikannya secara baik," katanya.

Azmin(PKR) Dengan Rela ‘Melacurkan’ Isterinya – Ummi

Ummi Hafilda Ali Khamis buat laporan polis minta siasat dan bongkar semula jenayah serta konspirasi terancang Anwar, Azmin Ali dan sekutu mereka dan akan saman akhbar mingguan Media Rakyat dan beberapa blogger kerana fitnah dan cemarkan nama baiknya.

Laporan dari laman blog sahabat gunung – http://www.sahabat-gunung.com mengatakan Saya (Ummi) memohon pihak polis menyiasat segala kekayaan Azmin (Azmi Ali) dan Shamsidar Taharin yang melampaui batasan luar biasan di mana Azmin dengan relanya ‘melacurkan’ isterinya, Shamsidar Taharin kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, yang merangkap Menteri Kewangan bagi tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham-saham `pink form’ yang bernilai berjuta-juta ringgit (yang saya bawa dalam beg saya sebagai bukti untuk pihak polis bongkar kembali kes ini serta kemewahan wang ringgit yang bernilai berjuta-juta ringgit, dakwa Ummi Hafilda Ali, adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sejurus tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, bagi membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

“Jadi saya inginkan kebenaran supaya yang innocent, yang benar ditegakkan, yang batil itu dihancurkan, dileburkan dan mereka sewajarnya didakwa di mahkamah. Saya rasa sudah tiba masanya saya membersihkan nama saya, saya rasa saya sudah cukup bersabar.

Selama 13 tahun saya telah diaibkan dengan begitu hina walaupun saya telah mengikut lunas-lunas Islam, saya telah memanggil suratkhabar satu ketika dulu, dan saya telah bersumpah laknat bahawa saya tidak mempunyai apa-apa hubungan atau salah laku seks dengan ‘Baginda’ yang saya tidak kenaqli secara peribadi. Ini maruah diri saya yang saya akan bawa sampai akhir hayat diri saya,” ujarnya pada sidang media yang dibuat di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau turut menggambarkan bahawa Nor Azman Baginda dan Raja Komando merupakan saksi palsu yang telah dibawa oleh Anwar Ibrahim di dalam mahkamah dan kita akan bongkarkan sehabis-habisnya imbuhan yang mereka perolehi selepas menfitnah dan mengaibkannya.

Ummi Hafilda juga akan membuat laporan fitnah jenayah yang dibuat oleh Raja Komando atau Raja Jamaluddin Raja Abdul Wahid yang telah menjadi saksi palsu dalam kes Anwar pada tahun 1998 dengan mengheret nama Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Aziz Shamsuddin yang mengatakan kononnya beliau (Ummi Hafilda) seorang pelacur .

“Pada hakikatnya, Datuk Aziz Shamsuddin sendiri telah menafikan dengan sekerasnya bahawa beliau tidak pernah berkata seumpama itu terhadap saya kepada Raja Komando apatah lagi, beliau tidak pernah terfikir saya sehina itu.

Seterusnya, saya akan buat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger yang tidak bertanggungjawab seperti Tukar Tiub, TranungKite dan Ruang Bicara Pria Malaya yang menjadikan isu ini dengan menghentam kreabiliti saya sebagai seorang perempuan yang tidak bermaruah,” tambahnya lagi.

Azmin(PKR) Dengan Rela ‘Melacurkan’ Isterinya – Ummi : POLITIK HARIAN

Thursday, January 27, 2011

Kisah si tua dari Mesir





beritaislamglobal.blogspot.com
Protes berlangsung di jalan-jalan Kaherah. Mereka menyatakan 25 Januari, sebagasi hari 'Revolusi'. Mereka ingin menjatuhkan Hosni Mubarak yang sudah berkuasa lebih dari 30 tahun. Mubarak yang sudah 'tua' itu, nampaknya tetap mendapatkan jaminan dan dukungan AS.

Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton, menyatakan, bahwa Mesir tetap stabil. Inilah bahasa yang diucapkan oleh orang kedua AS, yang nampaknya tetap mendukung Hosni Mubarak. Kejatuhan Mubarak akan menyebabkan terjadi 'tsunami' politik di seluruh Timur Tengah. Mubarak merupakan sekutu utama Israel dan AS. Selama beberapa dekad, posisi Mesir sebenarnya untuk menjadi 'penjaga' kepentingan Israel dan AS di Timur Tengah. Mesir menjadi alat Israel dan AS menghadapi kekuatan Islam, yang akan mengancam kepentingan kedua negara itu.

Mesir bukan Tunisia. Mesir memiliki jumlah penduduk 80 juta. Secara geopolitiknya sangat strategik. Negara yang bilangan penduduknya terbesar di Timur Tengah. Bila Mubarak runtuh, maka seluruh kawasan Timur Tengah akan berubah. Mesir menjadi taruhan bagi kepentingan Barat di kawasan itu.

Persoalannya siapa yang akan menggantikan Mubarak? Adakah regim baru yang dapat menerima kepentingan Israel dan Barat? Ini persoalan utama. Israel dan AS akan menjaga regim yang sudah 'tua' ini, sampai menemui pengganti, yang diyakini dapat menjaga kepentingannya di kawasan itu. Israel dan Barat sekali-kali tidak akan membiarkan Mesir jatuh ketangan kelompok Islamis. Setidak-tidaknya Israel dan AS akan mencari tokoh-tokoh dan kelompok yang moderat, dan dapat menerima kepentingan mereka.

Organisasi pembangkang terbesar di sepanjang sejarah politik Mesir adalah Ikhwanul Muslimin. Kelompok ini lahir tahun 1928, yang didirikan oleh Hasan al-Banna, dan sekarang telah berkembang di seluruh dunia.



Gerakan ini hampir dengan politik, dan terus berkembang sebagai sebuah gerakan. Tahun 2005 Ikhwan menyertai pilihanraya umum melalui calon bebas dan mendapatkan 20 peratus atau 88 kerusi di parlimen. Tetapi, pada pilihanraya umum tahun 2010 yang lalu, Ikhwan gagal memperolehi walau satu pun kerusi, akibat disekat oleh Mubarak.

Mubarak tidak menginginkan kekuatan pembangkang di Mesir ini terus berkembang. Mubarak hanya memberikan 3 peratus kerusi parlimen Mesir kepada pembangkang. Ini sememangnya tidak memberi apa-apa makna. National Democratic Party (NDP), parti Mubarak yang menang secara mutlak dalam pilihanraya umum parlimen yang lalu, dan menguasai parlimen seluruhnya. Kemenangan NDP sudah di rancang, supaya transisi kekuasaan yang akan dijalankan Mubarak dapat berjalan dengan lancar. Pembangkang mesti disekat, supaya perubahan politik dapat dijalankan sesuai dengan senarionya.

Washington, melalui Hillary pula, berkata bahawa Mesir berada dalam keadaan stabil selama 30 tahun. Tetapi, Mesir dibawah kendalian regim diktator, yang menolak demokrasi, dan menggunakan institusi ketenteraannya, seperti tentera, polis, dan badan perisikan menamatkan riwayat lawan-lawan politiknya.

Mubarak sudahpun membina sebuah empayar kekuasaan, sementara parlimen hanyalah sebuah institusi yang tidak memiliki fungsi apa-apa. Keadaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan di seluruh dunia Arab di mana kekuasaan itu seolah-olah seperti perniagaan peribadi. Parti pemerintah menjadi parti tunggal dan berkuasa mutlak. Undang-undang dijadikan alat kekuasaan untuk menyekat lawan-lawan politiknya. Jadi, kestabilan politik yang diciptakan Mubarak hanyalah bayang-bayang. Demokrasi yang sejati adalah sebuah kekuasaan yang bersumber dari rakyat melalui pemilihan yang jujur, bebas, dan tanpa campur-tangan. Di Mesir semua itu sudah tidak ada lagi.

AS dan Barat telah melakukan sikap 'double standard' dengan membiarkan regim-regim diktator yang datang bukan dari pilihan rakyat. Ini hanya akan menimbulkan ancaman terhadap kestabilan yang boleh meletus pada bila-bila masa. Tidak ada jaminan yang pasti tentang situasi dan masa depan Mesir yang sekarang ini menghadapi situasi yang mirip seperti Tunisia.

Pemimpin Mesir itu sudah terlambat untuk memenuhi aspirasi rakyatnya yang sekarang ini berada di jalan-jalan meluahkan kemarahan mereka. Gerakan ini terus kecewa di tengah situasi yang semakin tidak menentu, sementara Mubarak nampaknya masih begitu yakin dapat menghadapi segala-galanya.

Kejatuhan Mubarak dari kekuasaannya dijangka mempunyai kesan domino, yang secara asasnya akan mengubah seluruh kepentingan Israel dan AS di Timur Tengah kerana selama ini Mubarak dilihat sebagai tokoh utama dalam politik untuk membendung kebangkitan Islam.



Selama ini Mesir telah digunakan secara efektif bagi menghadapi Hamas di Gaza oleh Israel. Mubarak bersama dengan Raja Abdullah juga digunakan untuk menghadapi ancaman nuklear Iran. Mubarak juga digunakan oleh Israel dan AS menghadapi perubahan politik di Iraq, dan Lubnan, yang sangat menimbulkan kebimbangan Israel dan AS. Jatuhnya kabinet Hariri, dan sekarang digantikan seorang tokoh baru, yang lebih pro Hisbullah, sangat mengancam keamanan Israel. Sekarang Lubnan sudah berada di dalam cengkaman Hisbullah.

Israel dan AS ingin mencari pengganti Mubarak yang dapat diajak berdialog dan berunding, dan tidak membahayakan kepentingannya. Mohammad el- Baradei (gambar bawah), yang pernah mengepalai pasukan IAEA, sekarang ini berada dikalangan pembangkang, dan mula melakukan serangan terhadap Mubarak secara berdepan. Mungkin el Baradei ini akan menjadi alternatif yang dapat di terima Barat, khususnya Israel dan AS.



Tentera pula mula bersikap neutral menghadapi situasi di Mesir, dan tidak ingin melakukan konfrontasi secara total dengan gerakan pembangkang yang sekarang terus berlangsung di Mesir yang ingin menjatuhkan regim diktator. Israel dan AS sudah mula menyusun strategi menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.

Bekas perwira angkatan tentera udara yang sudah berkuasa selama tiga dekad ini, sekalipun masih mempunyai keyakinan diri, sudah ditinggalkan anaknya Gamal (gambar bawah), yang lari bersama dengan keluarganya ke London. Mubarak sudah tiada lagi pilihan untuk menggantikan kekuasaan dari dinasti keturunannya. Ia menghadapi hari-hari terakhir kekuasaannya. (m/nk)



Berita Islam Global: Kisah si tua dari Mesir