Wednesday, May 11, 2011

Harga petrol, diesel di Singapura turun 5 sen seliter

SINGAPURA
HARGA petrol dan diesel merosot semalam menyusuli penurunan harga bagi minyak mentah dunia.
Ini merupakan penurunan kali pertama selepas harga minyak terus melonjak selama hampir 10 bulan.Syarikat minyak Caltex memulakan langkah pertama apabila ia menurunkan harga petrol dan diesel sebanyak lima sen seliter pada 11 pagi semalam.Langkah itu kemudian diikuti tiga syarikat minyak lainnya - Singapore Petroleum Co (SPC), Shell dan Esso.Jumaat lalu, harga minyak mentah di bursa dagangan New York mencecah AS$97.18 ($119.75) bagi setong selepas menurun selama lima hari menyusuli kebimbangan ramai terhadap keadaan ekonomi Amerika Syarikat.Komoditi tersebut didagangkan pada lebih AS$100 setong kira-kira dua minggu lalu.Bagaimanapun, harga petrol di sini masih melebihi paras $2 seliter meskipun dengan harganya kini diturunkan.Seliter petrol bagi jenis 98, 95 dan 92 oktana di SPC masing-masing kini dijual pada harga $2.12, $2.07 dan $2.02.Diesel pula dijual pada harga $1.63 seliter sebelum potongan harga.
cyberita

No comments:

Post a Comment