Wednesday, May 11, 2011

Maut rempuh tiang lampu



ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang remuk dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, malam tadi.
ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang remuk dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, malam tadi.

Kereta terbabas bertembung pikap

KUALA LUMPUR: Dua terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah dalam dua kemalangan berasingan di Jalan Tun Razak dan Jalan Duta, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam di Jalan Tun Razak, sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dalam perjalanan menghala ke KLCC dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua tiang lampu lalu bertembung dengan sebuah pikap dari arah bertentangan.
Akibat impak pelanggaran yang kuat, penumpang kereta terbabit yang dikenali sebagai L Krishnan, 24, dari Taman Greenwood, Gombak di sini, mati di tempat kejadian, manakala kedua-dua pemandu kenderaan terbabit cedera parah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala dua yang lain turut dikejarkan ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Jalan Bandar, Asisten Superintendan Mohd Fadhli Daud, berkata siasatan sedang dijalankan dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari kenderaan yang dipandu laju.

“Kedua-dua remuk teruk, malah sebuah jentera bomba dari Jalan Hang Tuah turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit,” katanya.
Sementara itu, seorang terbunuh dalam kemalangan dua lori berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, kira-kira jam 10 malam tadi. bharian

No comments:

Post a Comment