Wednesday, May 11, 2011

Sejarawan hadapi tuduhan hina raja Thai

BANGKOK: Seorang tokoh sejarah berdepan dengan tuduhan menghina raja negara itu selepas secara terbuka menggesa pembaharuan institusi diraja.
Pensyarah Universiti Thammasat, Somsak Jeamteerasakul dipanggil ke balai polis semalam untuk dituduh secara rasmi.

Jurucakap polis, Kolonel Mana Phaochauy memberitahu demikian kepada wartawan tanpa menyatakan butir lanjut.

Tuduhan menghina raja adalah jenayah serius di Thailand. Mereka yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 15 tahun.

Somsak, ketika mengesahkan perkara itu berkata, dia tidak diberi maklumat secara terperinci mengenai tuduhan itu .

“Mereka tidak memberitahu apa kesalahan yang saya lakukan,” katanya. Dalam ucapannya DiIsember lalu, dia menggesa pembaharuan terhadap sistem diraja Thai tetapi tidak mencadangkan penghapusan institusi itu. - AFP

No comments:

Post a Comment