Wednesday, May 11, 2011

Terminator berpisah dengan isteri



ARNOLD SCHWARZENEGGER dan Maria Shriver pada 22 Februari 2009 di White House, Washington.


LOS ANGELES - Bekas gabenor California yang pernah berlakon dalam filem Terminator, Arnold Schwarzenegger, 63, berpisah dengan isterinya, Maria Shriver selepas mereka mendirikan rumah tangga selama 25 tahun.
Shriver, 55, dilaporkan telah keluar dari kediaman yang dibeli bersama Schwarzenegger sejak beberapa bulan lalu.
Pasangan itu mengesahkan perpisahan mereka dalam satu kenyataan bersama yang disiarkan pada Isnin lalu.
Mereka yang melangsungkan perkahwinan pada 1986 dan memiliki empat cahaya mata.
Pasangan itu turut mengatakan akan turut menjaga anak-anak mereka bersama walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.
Shriver merupakan bekas wartawan NBC merupakan anak saudara bekas Presiden AS, John F. Keneddy.
Laporan akhbar Los Angeles Times pada tahun 2003 mendakwa Schwarzenegger pernah meraba beberapa wanita.
Mereka dipercayai berpisah sejak Schwarzenegger menamatkan khidmat sebagai gabenor awal Januari lalu selepas memegang jawatan tersebut sejak 2003.
Video Shriver tanpa memakai cincin perkahwinannya yang dimuat turun di laman YouTube pada 28 Mac lalu menunjukkan dia berasa tertekan dengan rumah tangganya yang tidak dapat diselamatkan lagi. - Agensi

No comments:

Post a Comment