KUALA LUMPUR: Penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) seharusnya menghormati undang-undang negara dan tidak menganjurkan sebarang perhimpunan atau demonstrasi haram pada 9 Julai ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tindakan sedemikian tidak akan menguntungkan mana-mana pihak di negara ini sebaliknya hanya akan mencemarkan nama baik kerajaan.“Sepatutnya mereka tidak membuat demonstrasi..., jika mereka mahu menyuarakan sesuatu perkara ia boleh dilakukan di dewan atau tempat lain.“Hendak buat demonstrasi berhubung tajuk yang dibangkitkan..., tajuk itu bukannya penting tetapi hendak burukkan kerajaan,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) di sini, semalam.
Dr Mahathir berkata, penganjuran perhimpunan haram itu tidak akan menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya baru balik dari Mesir..., di Mesir rakyat sebelum ini membuat demonstrasi dan menjatuhkan kerajaan. Tetapi sekarang perlu membentuk kerajaan baru..., tetapi saya melihat masih berlaku demonstrasi di sana yang kemudian menyebabkan pelancong tidak datang..., pelabur pun tidak datang,” katanya.
Berita Harian Online | Demonstrasi tak selesai masalah: Dr Mahathir

No comments:
Post a Comment