NEW YORK: Bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn keluar makan di sebuah restoran eksklusif lewat malam tadi ketika beredar dari rumahnya di sini selepas hakim melepaskannya dari tahanan rumah kerana kes serangan seksual terhadapnya semakin kabur.
Dia dibawa menaiki kereta ke Scalinatella, sebuah restoran mewah Itali di Upper East Side, Manhattan.Kesempatan itu adalah nikmat kebebasan pertama sejak dibawa dari Paris pada 14 Mei dan ditahan atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel di New York.Strauss-Kahn, memakai jaket tanpa tali leher, kelihatan tersenyum ketika di rumahnya sambil diiringi isteri serta dua lagi serta pegawal keselamatan yang menaiki sebuah kenderaan sport utiliti manakala sebuah kereta sedan mengekori kereta Strauss-Kahn lalu beredar. - REUTERS
Berita Harian Online | Strauss-Kahn makan di restoran mahal selepas dibebaskan dari tahanan rumah
Dia dibawa menaiki kereta ke Scalinatella, sebuah restoran mewah Itali di Upper East Side, Manhattan.Kesempatan itu adalah nikmat kebebasan pertama sejak dibawa dari Paris pada 14 Mei dan ditahan atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel di New York.Strauss-Kahn, memakai jaket tanpa tali leher, kelihatan tersenyum ketika di rumahnya sambil diiringi isteri serta dua lagi serta pegawal keselamatan yang menaiki sebuah kenderaan sport utiliti manakala sebuah kereta sedan mengekori kereta Strauss-Kahn lalu beredar. - REUTERS
No comments:
Post a Comment