TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berikrar menyerang 'rumah, pejabat dan keluarga' warga Eropah sebagai membalas dendam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tetapi Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menyuruhnya berundur, bukan mengeluarkan ancaman.
Berucap kepada 100,000 penyokongnya di Medan Hijau di sini, kelmarin, Gaddafi menggesa NATO menghentikan kempen serangan udaranya atau menghadapi risiko pejuang Libya membanjiri Eropah.Gaddafi berikrar untuk berjuang menamatkan operasi penjajahan NATO serta menyifatkannya usaha menawan kekayaan minyak negaranya.“Undur, kamu tidak ada peluang untuk mengalahkan penduduk kami yang berani. Mereka boleh serang rumah, pejabat dan keluarga kamu yang menjadi sasaran tentera seperti juga kamu jadikan kediaman, pejabat dan kanak-kanak sasaran kamu,” kata Gaddafi.
Gaddafi memberi ucapan itu ketika pemberontak Libya yang berada 80 kilometer dari ibu negara. – Reuters
Berita Harian Online | Gaddafi ikrar serang Eropah

No comments:
Post a Comment