Sunday, July 3, 2011

Takut sungguh dengan Bersih 2.0

Baru minat, kena cekup


BATU PAHAT: Gara-gara mahu menjadi usahawan, seorang bekas pekerja kilang pakaian di sini menjadikan rumahnya di Taman Bukit Flora, di sini, sebagai tempat cetakan baju, dipercayai bakal digunakan pada perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangka diadakan Sabtu ini.

Pemilik rumah itu dipercayai bergiat secara langsung dalam proses pencetakan kemeja-T perhimpunan berkenaan, berdasarkan ratusan kain kuning siap tertera logo Bersih selain lapan tuntutan perhimpunan terbabit dan beberapa peralatan lain, termasuk blok pencetak.


Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata 10 anggota serta pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat menyerbu rumah itu jam 12 tengah hari semalam.

“Kami (polis) menerima maklumat berhubung kegiatan percetakan baju di kediaman suspek berusia 45 tahun oleh orang ramai dan terus menyerbu rumah itu selepas menerima waran geledah daripada Majistret Batu Pahat hari ini (semalam),” katanya.

myMetroBaru minat, kena cekup

No comments:

Post a Comment