Sunday, July 3, 2011

Jika perhimpunan gagal, berikan sokongan dari rumah - Tiada kesesakan lalu-lintas

Jika pihak polis berjaya menghalang berlakunya perhimpunan Bersih ini, ia tidak akan menjejaskan usaha untuk membuktikan bahawa keinginan melihat pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan saksama.

Kegagalam penganjuran ini bukan kerana tidak mendapat sokongan ramai tetapi sebaliknya menerima tekanan dari pelbagai pihak.

Blogger Aspan Alias dalam blognya berpendapat jika Bersih ingin mencapai matlamat yang diwar-warkan itu, mereka boleh mengadakan cara mahupun saluran yang berlainan.

"Diantaranya dengan menggunakan simbol berwarna kuning yang dilekatkan dipintu pagar kediaman mahupun di kawasan rumah masing-masing bagi mewakili suara mereka yang mahukan sistem piliharaya lebih telus dan adil.

"Ini berikutan pihak polis telah menggunakan pelbagai cara untuk menggagalkan perhimpunan Bersih dengan membuat tangkapan terhadap mereka yang memakai baju berwarna kuning sedangkan tindakan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan.

"Timbalan Ketua Polis Negara juga mengatakan bahawa tidak akan berlaku apa-apa rundingan lagi dengan pihak penganjur perhimpunan ini. Malah, sekiranya diadakan juga perhimpunan berkenaan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar," katanya.

Menurutnya, apa yang menjadi kerisauan dengan tindakan pihak polis menghalang perhimpunan ini, ia sebenarnya memberi peluang dan sokongan rakyat kepada parti-parti pembangkang semasa pilihanraya yang akan datang.

Sumber daripada blog Aspan Alias

SH

No comments:

Post a Comment