Sunday, July 3, 2011

Lelaki direman jual kemeja Bersih



KOTA BHARU - Seorang peniaga ditahan reman dua hari bermula semalam, bagi membantu siasatan berhubung penjualan kemeja T, Jumaat lalu.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Rashid Mustafa menetapkan tempoh reman berkenaan selepas lelaki berusia 40-an itu ditahan dipercayai menjual kemeja T yang tertera tulisan Bersih.

Lelaki yang tinggal di Wakaf Bharu itu semalam, hadir ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan tenang dibawa anggota polis setelah ditahan polis selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, dekat sini.

Tertuduh hadir bersama peguamnya, Mohd Abdul Rashid Yah kerana ditahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Pada Jumaat lalu, polis turut mengambil semua hasil jualannya termasuk yang masih terdapat dalam van untuk di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kota Bharu (IPD) Pengkalan Chepa untuk tindakan lanjut.

Turut berada di depan mahkamah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Baihaki Atiqullah dan juga beberapa individu daripada kalangan pemimpin Pas.

Dianggarkan lebih 10 anggota polis, termasuk tiga darinya beruniform dan seorang berpangkat inspektor sejak awal lagi berada sekitar Dataran Ilmu tersebut.
SH

No comments:

Post a Comment