SEORANG lelaki membaca akhbar Daily News yang memaparkan berita Strauss-Kahn dibebaskan di muka depan.
NEW YORK: Kes bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn semakin sensasi selepas wanita yang mendakwanya melakukan serangan seksual kini dituduh pernah bekerja sebagai pelacur, lapor media di sini semalam.Sekalipun semakin banyak maklumat didedahkan yang menjejaskan kewibawaan plaintif, peguam wanita dari Guinea itu, Ken Thompson, terus menegaskan kes berkenaan masih kukuh dan memberitahu wartawan bahawa dakwaan tertuduh bahawa mereka melakukan hubungan seks secara rela adalah pembohongan.“Sejak awal lagi beliau memberitahu mengenai serangan seks ganas Strauss-Kahn terhadapnya. Keterangan itu diberi berulang kali kepada pendakwa, saya dan ia tidak berubah sedikit pun.
“Mangsa mungkin melakukan beberapa kesilapan tetapi itu tidak bermakna dia bukan mangsa rogol,” kata Thompson yang turut menyifatkan laporan anak guamnya terbabit dengan pengedar dadah sebagai satu lagi penipuan.
“Pendakwa raya mungkin semakin hampir meninggalkan mangsa tetapi kami tidak akan berbuat begitu. Kami terus menyokongnya,” kata Thompson lagi.
Plaintif menuduh Strauss-Kahn mengejarnya di bilik hotel pada Mei lalu, melondehkan stokin kakinya dan memaksanya melakukan seks ‘oral.’
Bagaimanapun, dalam pendedahan terbaru akhbar New York Post, plaintif dituduh pernah bekerja sebagai pelacur.
Sumber dipetik akhbar itu mendakwa, pekerja hotel Sofitel itu melakukan hubungan seks dengan tetamu lelaki untuk mendapat wang.
“Sudah ada maklumat mengatakan beliau mendapat upah yang luar biasa,” kata sumber itu. Ada juga lelaki yang tiada hubungan keluarga dengannya membayar khidmat salun kecantikan.
Jumaat lalu, Strauss-Kahn dibebaskan tanpa ikat jamin selepas pendakwa berkata mereka mengkaji semula kes selepas memeriksa latar belakang plaintif.
Strauss-Kahn juga akan menerima semula wang jaminan AS$6 juta (RM18 juta) yang dibayar pada awal kes. Tetapi, pasportnya tidak dikembalikan dan beliau tidak dibenarkan keluar negara.
Tetapi, kata peguamnya, Benjamin Brafman, Strauss-Kahn dibenarkan pergi ke mana saja selagi berada di Amerika.
Langkah itu menandakan pendakwa tidak percaya sepenuhnya tuduhan plaintif meskipun dakwaan cubaan merogol terhadap tertuduh, kekal.
Pejabat Pendakwa Raya Manhattan mendedahkan, wanita berusia 32 tahun itu melakukan beberapa kesalahan kecil untuk mendapat kehidupan lebih baik di Amerika sejak tiba tujuh tahun lalu di negara berkenaan.
Ia termasuk menipu butir-butir tertentu dalam dokumen imigresen, tidak membayar cukai dan tidak mencatat kadar gaji sebenar supaya dapat menginap di sebuah pangsapuri yang sepatutnya untuk golongan miskin.
Dalam suratnya kepada peguam Strauss-Kahn, pendakwa berkata, wanita itu tidak bercakap benar mengenai apa yang dilakukan sebaik diserang tertuduh.
Plaintif tidak lari dari bilik Strauss-Kahn dan melaporkannya kepada penyelia tetapi pergi ke bilik lain untuk mengemas, kembali semula ke suite Strauss-Kahn sebelum melaporkan kejadian.
Di CONAKRY, abang kepada plaintif menyifatkan pelbagai tuduhan ke atas adik perempuannya itu semakin taktik kotor bertujuan menghilang kepercayaan terhadapnya.
“Semua itu pembohongan yang direka untuk menyebabkan orang tidak percaya kepada adik saya,” kata Mamoudou ketika dihubungi dengan telefon di kediamannya di Labe, 300 kilometer ke utara ibu negara Guinea. – Reuters
No comments:
Post a Comment