BANGKOK: Berjuta-juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih kerajaan hari ini selepas penunjuk perasaan menggegarkan Bangkok tahun lalu.
Tanpa gambaran jelas siapa bakal muncul sebagai pemenang, pelbagai kemungkinan boleh berlaku hasil pilihan raya kali ini.
Berikut adalah situasi semasa politik Thailand:
Kaji selidik menunjukkan Parti Puea Thai berada di depan berbanding Parti Demokrat pimpinan Abhisit Vejjajiva.
Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui kira-kira jam 10 malam ini. Jika parti paling banyak memenangi kerusi gagal membentuk kerajaan, parti kedua terbanyak boleh cuba melakukannya dengan bantuan parti kecil lain.
Parti Puea Thai memerlukan 250 kerusi untuk membentuk kerajaan bersendirian dan sebarang keputusan tipis boleh mencetuskan keadaan tawar-menawar yang intensif.
Walaupun menolak kemungkinan mahu mengadakan kudeta, pemimpin tentera menasihati orang ramai memilih “orang baik” dalam undian.
Kemenangan Parti Puea Thai akan membuka ruang kepada Thaksin - yang disabitkan mahkamah melakukan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa - kembali ke Thailand selepas meninggalkan negara itu pada 2008. - AFPmyMetroParti Puea Thai menang, Thaksin senang
No comments:
Post a Comment