Sunday, July 3, 2011

Kerana Bersih 2.0

Wardina cuti dua bulan


Wardina


MULA-mula dulu Joyah terkejut juga bila nama Wardina terheret sama dalam kancah politik. Bukan sebab dia masuk parti itu atau parti ini tapi dia dikatakan terlibat menyokong sebuah acara perhimpunan haram yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lalu ada blog yang sudah memanipulasi penyertaan Wardina dalam sebuah majlis baru-baru ini. Majlis yang dianjurkan oleh parti pembangkang itu yang turut menjemput Wardina sebagai tetamu untuk menyampaikan ceramah keibubapaan.

Kalau ikut penerangan Wardina, dia pun tak tahu menahu yang majlis tu dianjurkan oleh parti pembangkang. Bab ini memang Joyah pelik, sebabnya kalau kita hendak pergi ke sesuatu majlis, kita kenal tahu siapa penganjur, siapa yang jemput kita. Tapi bila Wardina kata dia tak tahu, Joyah kenalah terima dan nasihat Joyah janganlah terus memburukkan Wardina kalau betul dia tak terlibat.

Joyah tak berapa nak berkenan bila golongan anak seni kita ni terheret sama ke kancah politik. Kalau itu jalan yang dia pilih tak mengapa. Ini orang lain punya pasal, tak pasal-pasal orang lain yang kena tempiasnya.

Gara-gara kes itu juga Wardina sudahpun bercuti selama dua bulan daripada menjadi pengacara untuk TV3. Bukan sebab dia dikenakan tindakan disiplin tetapi itu pilihan pelakon Spanar Jaya itu supaya keadaan benar-benar reda dulu. Semoga Wardina mendapat ketenangan.

Utusan Malaysia Online - Hiburan

No comments:

Post a Comment