LAWATAN DIRAJA...William dan Kate kini berada di Kanada untuk lawatan diraja. |
LONDON: Isteri Putera William semalam menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan suaminya ketika bertugas sebagai juruterbang helikopter dalam misi menyelamat berisiko pewaris takhta Britain itu.
Dalam lawatan diraja pasangan pengantin baru itu ke Kanada, Kate Middleton - kini membawa gelaran Duchess of Cambridge - mencurahkan isi hatinya kepada seorang isteri anggota tentera.
Pengakuan itu disuarakan Kate sejurus selepas dia dan William meletakkan kalungan bunga di atas kubur tentera tidak dikenali di Memorial Perang Ottawa.
Kata Kate, dia sentiasa bimbang terhadap keselamatan William, tetapi menjadi tanggungjawabnya terus memberikan sokongan.
Sehari sebelum itu, pasangan Kate - William menikmati pelayaran romantik menaiki bot di Taman Negara Gatineau di pinggir Quebec.
Mereka kemudian menghabiskan masa empat jam dalam kabin kayu terpencil di Tasik Harrington yang digunakan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper.
Selepas bertafakur di kawasan perkuburan veteran perang Kanada, Kate, 29, berbual dengan bekas anggota tentera, Celine Drapeau.
Kata Celine, 52, Kate jelas bimbang keselamatan William sebagai anggota tentera yang sering bertugas untuk tempoh lama.
Kate berkata, dia sentiasa berdepan kesukaran dan risau apabila William menyertai mana-mana misi.
“Anda pasti bimbang kerana tiada siapa tahu apa berlaku dan ia mungkin serius,” katanya.
Memetik cerita Celine, media melaporkan, Kate seorang wanita “sangat berani” kerana mengakui kebimbangan terhadap suaminya.
Sebelum ini William pernah melakukan beberapa misi menyelamat sebagai juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja Britain di Anglesey, Wales.
William adalah seorang daripada empat anggota mencari dan menyelamat Sea King yang terbabit menurunkan seorang pengembara tersesat dalam ribut 3,000 kaki di atas Gunung Snowdon. - TSmyMetro | Kate bimbang nasib suami
No comments:
Post a Comment