RAKYAT Palestin ambil bahagian dalam tunjuk perasaan tanda sokongan terhadap flotila di pelabutahan Gaza, semalam. |
Mahu cabar sekatan Israel di perairan Gaza
ATHENS: Misi flotila proPalestin bercadang berlepas dari Greece hari ini bagi mencabar sekatan dikenakan Israel di perairan Gaza, walaupun Athens menahan kapten salah satu kapal warga negara Amerika Syarikat.
Konvoi kargo dan penumpang bot yang membawa sukarelawan pelbagai negara termasuk dari Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Sepanyol sepatutnya berlepas dari pelabuhan Greece awal minggu lalu tetapi tertangguh di sebalik dakwaan sabotaj ditaja Israel.
“Isnin (hari ini) adalah hari tindakan di mana kami mahu terus belayar,” kata Adam Shapiro, salah seorang penganjur, dipetik laporan Reuters.
Bot Audacity of Hope yang membawa aktivis, kebanyakannya dari AS, cuba meninggalkan pelabuhan Perama dekat Piraues kelmarin.
Bagaimanapun ia diarah berpatah balik oleh pihak berkuasa Greek dan kemudian kaptennya, John Klusmire, 60, ditahan.
Beliau akan dibawa ke mahkamah Selasa ini untuk didakwa atas tuduhan feloni. Kelmarin, pihak berkuasa mengeluarkan arahan secara rasmi melarang mana-mana kapal meninggalkan pelabuhannya untuk menuju ke Gaza.
Israel berkata tindakan mengadakan sekatan terhadap perairan Gaza bertujuan menghentikan senjata jatuh ke tangan kumpulan Hamas.
Rakyat Palestin dan penyokong mereka menyifatkan sekatan itu tidak sah dan ia satu hukuman kolektif ke atas 1.5 juta penduduk.
“Saya meminta kerajaan Greece dan kerajaan lain tidak menghalang flotila, tidak menghentikan kapal yang hendak pergi (ke Gaza),” kata pemimpin Palestin Mustafa Barghouthi, yang berada di sini untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sosialis.
Laporan Reuters juga berkata di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), empat pihak yang terbabit dalam perundingan keamanan mengeluarkan kenyataan bahawa misi kemanusiaan ke Gaza ini tidak seharusnya digalakkan.
Kumpulan empat pihak iaitu AS, Russia, Kesatuan Eropah dan PBB berkata ia masih bimbang dengan nasib dialami orang awam di Gaza tetapi menegaskan keadaan bertambah baik sejak tahun lalu. – Reuters Berita Harian Online | Misi flotila cadang berlepas hari ini
No comments:
Post a Comment