Sunday, September 30, 2012

Majalah Denmark pula siar gambar Kate

Kate Middleton
Kate Middleton isteri kepada Putera William
LONDON - Baru sahaja selesai kes membabitkan majalah gosip Perancis, Closer yang menyiarkan imej-imej Kate dalam keadaan tidak mengenakan baju,  sebuah majalah gosip di Denmark pula dilaporkan menyiarkan imej Duchess of Cambridge itu, malahan lebih ‘daring’ dan terbaru, semalam.

Bagaimanapun, majalah itu menafikan laporan itu.

Sebelum ini, penyiaran gambar-gambar itu telah menaikkan kemarahan pegawai-pegawai istana lalu tindakan undang-undang telah dikenakan pertengahan bulan ini.

Mahkamah Perancis kemudiannya telah mengarahkan majalah Closer agar menyerahkan kesemua foto digital asal kontroversi kepada Duchess of Cambridge, Kate - isteri kepada Putera William.

Selain itu, mahkamah juga melarang penerbitan susulan imej-imej Kate dalam keadaan tidak mengenakan baju.

Sementara itu, beberapa media di Britain dan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kontroversi Jumaat lalu apabila mereka melaporkan bahawa majalah Denmark, Se Og Hor, telah mencetak imej bakal ratu itu tanpa seluar bikini.

Ketua Pengarangnya, Kim Henningsen, menolak laporan khabar angin itu dan memberitahu CNN, hanya imej biasa sahaja yang diterbitkan pada16 halaman, 20 September lalu.

Katanya, gambar tersebut menunjukkan gambar itu diambil dari kedudukan yang sama seperti yang diterbitkan oleh Closer berbanding gambar dari majalah Itali dan akhbar Ireland, Henningsen.

Mereka juga menerbitkan majalah yang sama di Sweden, Se Och Hoer.

Henningsen yang mempertahankan penerbitan itu berkata: "Ia adalah satu set gambar yang unik daripada selebriti kelas A."

"Kami majalah gosip terkemuka di Denmark dan ia adalah tugas saya untuk menerbitkan mereka," katanya.

Beliau menambah: "Jika keluarga diraja Britain mahu menyaman kami, tidak mengapa dan kita akan berurusan kemudian."

Pikat guna ilmu hitam, maruah gadis tergadai

Fokus: Pikat guna ilmu hitam, maruah gadis tergadai
Tali pinggang yang mempunyai tulisan jawi yang masih disimpan Liza
 tanpa pengetahuan Rizal



Liza (bukan nama sebenar) baru tiga minggu bekerja sebagai pembantu kedai telefon di bandar Mentakab dengan pendapatan kira-kira RM600 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa.

Liza 19, berasal dari sebuah Felda di Bera mengakui kehidupan di tanah rancangan agak menyukarkannya untuk meraih pendapatan sendiri akibat kekurangan sumber pekerjaan.
Pada mulanya Liza berjanji untuk berhijrah ke Temerloh bersama rakan sekampungnya namun akibat tidak diizinkan bapa, rakannya terpaksa akur dan meneruskan hidup di kampung.

Liza sampai di bandar Temerloh dan selepas seharian turun naik bas mencari pekerjaan, akhirnya dia diterima bekerja di sebuah kedai menjual peralatan telekomunikasi di Mentakab.

Liza juga sudah bertemu rakan baru Julia (bukan nama sebenar), 21, satu tempat kerja yang menawarnya tinggal bersama di rumah sewa dekat sebuah taman perumahan di Mentakab.

Menurutnya, rakan serumahnya berasal dari Maran, sudah dua tahun bekerja di situ dan tahu selok belok perniagaan selain mempunyai ramai kenalan lelaki.

Selepas seminggu bekerja, Liza didatangi seorang lelaki pertengahan usia yang mahu mencari telefon pintar untuk dihadiahkan kepada seorang rakannya.

Liza pada mulanya hanya melayan lelaki itu yang dikenali sebagai Rizal (bukan nama sebenar) sebagai pelanggan akhirnya terpesona dengan lemah lembut budi bahasa dan tingkah lakunya.

Liza berkata, Rizal, 43, adalah seorang kontraktor pembinaan yang sudah berkahwin dan ada empat anak tetapi masih pandai bergaya serta pandai berkata-kata.

Perkenalan singkat di tempat kerja akhirnya membuatkan Rizal semakin kerap berulang ke tempat kerja Liza dengan pelbagai alasan seperti membaiki telefon rosak, beli kad pra bayar dan macam-macam alasan.

Namun begitu Liza yang masih berpegang kuat pada ajaran agama pandai mengelak setiap kali Rizal cuba mengajaknya keluar makan bersama.

Lama-kelamaan hubungan Liza dan Rizal semakin rapat, satu hari ketika Liza hendak pulang ke kampung dia terserempak dengan Rizal ketika sedang menunggu bas di Temerloh.

Kali ini Liza terperangkap, mahu tak mahu dia terpaksa menerima pelawaan Rizal untuk keluar makan bersama.

Gila bayang

Ketika dalam kereta Liza perasan tingkah laku Rizal yang merokok dan menghembus kepulan asap ke mukanya beberapa kali, apabila ditanya mengapa bertindak begitu Rizal pantas meminta maaf.

“Selepas pulang dari makan, saya menaiki bas pulang ke kampung, ketika dalam perjalanan fikiran saya asyik teringatkan Rizal dalam semua perkara, tak tahan dengan semua itu, sebaik tiba di Bera, saya kemudian bertindak nekad patah balik ke Temerloh untuk berjumpa Rizal.

“Tanpa diduga Rizal memang menanti kehadiran saya, apa yang menghairankan, perasaan saya terhadap Rizal kali ini semakin tidak terkawal, mahu sahaja saya memeluknya sebaik bertemu dengannya.

“Rizal pandai memasang perangkap, kalau dahulu saya begitu berhati-hati dengannya, kali ini dia sudah memiliki saya, entah apa yang dipakainya sehingga hati sentiasa teringatkan dirinya walhal kurang 24 jam lalu dia bukanlah pilihan hati saya,” katanya.

Banyak kali terlanjur

Liza berkata, selepas detik itu, dia menuruti semua kemahuan Rizal termasuklah bercuti bersama di pusat peranginan terkemuka dan banyak kali terlanjur.

Beberapa bulan kemudian Rizal yang dikenali seorang yang lemah lembut bertukar menjadi seorang yang sangat bengis dan menakutkan.

“Rizal akhirnya melepaskan saya selepas tujuh bulan bersama, ketika itu baru saya sedar dari lamunan dan mula membencinya.

“Sepanjang bersama, sempat saya melihat beberapa barang pelik seperti botol dalam botol, kain kuning dalam botol, beberapa potongan ayat pelik yang dilipat kecil dan tali pinggang yang ada tulisan jawi.

“Saya sempat mengambil beberapa barang pelik antaranya tali pinggang bertulisan jawi dan masih dalam simpanan saya.

“Baru saya tahu tujuan Rizal menghembuskan asap rokoknya ke muka saya adalah untuk memikat dengan bacaan ayat tertentu,” katanya. 

Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami

Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami
Halim menceritakan kepada penulis mengenai nasib dirinya yang
menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu
SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan.

“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.

“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,” katanya.

Dia berkata, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.

“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.

“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.

Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.

“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.

“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah.

“Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.

Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk `dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.

“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah. Buat sementara ini juga saya masih bercuti di kampung untuk memulihkan semangat,” katanya.

Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.

Disihir minyak dagu

Sementara itu, akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang wanita di sini membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009.

Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Lebih tragis lagi, wanita berusia 33 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai Dee berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatri, Hospital Selayang selepas mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya atas urusan kerja.

“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu,” katanya.

Dee berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

“Biarpun dimaki-hamun dan disepak terajang saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat mahu pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat itu,” katanya.

Menurutnya, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri Dee menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu mayat pada badannya.

Dee bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.

'Mak sakit, mak rindu kamu'

'Mak sakit, mak rindu kamu'
Mariam mengadu nasibnya yang tidak pernah bertemu dengan anak sejak l
ebih 60 tahun lalu ketika menerima kunjungan Sinar Harian di Rumah
Sejahtera Taman Bahagia, semalam
MARANG - "Mak sakit, mak rindukan kamu. Kalau boleh mak ingin jumpa buat kali terakhir,” demikian rayu seorang warga emas, Mariam Abdullah, 76, ketika meminta agar anak tunggalnya yang telah terpisah sejak lebih 60 tahun lalu datang menjenguknya.

Mariam ketika ditemui Sinar Harian di rumah perlindungan warga emas atau Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Wakaf Dua di sini, dalam nada sebak memberitahu, anaknya yang dikenal sebagai ‘Awang’ itu telah terpisah dengannya sejak dia berumur 18 tahun.

Menurutnya, selepas mendirikan rumah tangga pada usia 13 tahun dengan pasangannya, Ngah, Mariam melahirkan anak lelaki setahun selepas itu dan ketika anaknya berumur 4 tahun, suaminya itu meninggal dunia dalam satu pergaduhan keluarga.

“Arwah suami (pada masa itu) meninggal dunia selepas berlaku pertelingkahan dalam keluarga sebelah suami, dada suami terkena kapak (kerana bergaduh) lalu meninggal dunia dan mak cik membawa diri selepas kejadian itu,” katanya.

Mariam berkata, sejak itu dia bukan sahaja terpisah daripada anak lelakinya malah tidak pernah menjenguknya atas sebab peribadi tambah pula ketika itu dia masih mentah dan muda serta baru berumur 18 tahun.

Menurutnya, selepas kejadian itu dia menetap di beberapa negeri sebelum mendirikan rumah tangga buat kali kedua beberapa tahun kemudian tetapi tidak mendapat cahaya mata dan kembali hidup keseorangan selepas suaminya meninggal dunia 12 tahun lalu.

“Sepanjang 12 tahun lalu mak cik hidup sendiri, dulu mak cik pernah tinggal di Kuantan dan beberapa daerah lain di negeri itu kerana mengikut suami yang bekerja sendiri (buruh) sebelum pulang dan menetap di Kemaman dan Dungun di negeri ini.

“Kali terakhir mak cik tinggal seorang diri di sebuah rumah usang di tanah orang di Kampung Binjai Stesen, Dungun sebelum dihantar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumah jagaan ini pada Jun tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Mariam yang agak uzur kerana faktor usia berkata, dia bagaimanapun tetap gembira dapat tinggal di rumah kebajikan itu kerana mempunyai rakan seusianya untuk bersembang malah bersembahyang di surau berdekatan jika kesihatannya baik.

“Bagi mak cik, ia bukan suatu yang menyedihkan kerana mak cik sendiri memilih untuk tinggal di sini dan tidak lagi berasa sunyi hidup sendirian seperti mana yang dilaluinya sebelum ini selepas suami (kedua) mak cik meninggal dunia.

“Kalau boleh, makcik nak tinggal di sini selama-lamanya, sampai ke penghujung usia. Makcik tak mahu pulang lagi ke rumah usang di tanah orang itu lagi. Makcik berserah saja kepada ALLAH SWT, tapi kalau boleh biarlah di sini sampai bila-bila, Insya-Allah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sebelum dia menutup mata dia amat berharap agar dapat menatap wajah anak lelaki tunggalnya  itu walaupun dia sendiri tidak mengetahui sama ada anak lelakinya itu masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

14 kapal elak berlabuh di Pelabuhan Tunisia



TUNIS - Empat belas kapal Amerika Syarikat (AS) diarah tidak berlabuh di Pelabuhan Tunisia  berikutan kebimbangan ancaman keselamatan.

Pengarah Pelabuhan La Goulette, Sahbene Ben Fadhel berkata, pembatalan itu menjejaskan kira-kira 40,000 pelancong sekali gus memberi impak kepada industri pengangkutan dan pelancongan.

Sementara itu, agensi berita Xinhua melaporkan, pembatalan itu mempunyai kaitan dengan serangan ke atas pejabat Kedutaan AS di Tunis, 14 September lalu berikutan protes filem anti-Islam.

Minggu lalu, kapal Belanda dan Royal Caribbean and Disney diarah tidak berlabuh di pelabuhan itu dengan alasan yang sama.

AS baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya mengehadkan perjalanan ke negara itu. -AP

Iran kutuk AS keluarkan kumpulan militan daripada senarai pengganas



PARIS: Iran hari ini mengutuk keras pentadbiran Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama kerana mengelurkan kumpulan militan Iran yang pernah bekerjasama dengan Saddam Husseon daripada senarai pengganas.

Kerajaan Iran menyifatkan tindakan terbaru AS itu sebagai pilih kasih kerana banyak bukti menunjukkan Kumpulan Mujahedeen-e-Khalq (MEK) terbabit dalam kegiatan pengganas. MEK bermula dengan perjuangan gerila menentang Shah Mohammed Reza Pahlavi, membantu menjatuhkan pentadbiran monarki pada 1979 sebelum bertindak menyebelahi kepimpinanan utama Republik Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini.
Mereka kemudian bersama berjuang dengan tentera rejim Saddam pada 1980-an selama lapan tahun dalam Perang Iran-Iraq tetapi meletakkan senjata ketika penaklukan AS di Iraq pada 2003.

Jabatan Negara AS pada Jumaat lalu mengeluarkan MEK daripada senarai rangkaian pengganas dan ini bermakna semua aset MEK di AS kini tidak lagi disekat.

Rakyat Amerika juga boleh mengadakan hubungan perniagaan dengan organisasi berkenaan.

Semalam, anggota MEK yang beribu pejabat di Paris meraikan pembebasan badan itu daripada senarai pengganas, termasuk mempamerkan anggota mereka yang terbunuh sejak 15 tahun lalu.
Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan hari ini berkata, penarikan balik MEK daripada senarai pengganas adalah satu bentuk penyalahgunaan perundangan dan tanggungjawab Amerika untuk membanteras kegiatan pengganas yang diperakukan mereka kepada dunia.

Stesen televisyen Iran mengkritik keputusan itu dan berkata, AS kini memperakaui 'pengganas yang baik'.

Mereka mendakwa keputusan itu menunjukkan Washington ingin mempergunakan kumpulan berkenaan untuk kempen menentang Tehran. - AP

LHDN: Individu pendapatan bercukai bawah RM5,000 bebas cukai

LHDN - Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013.
 
Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.
 
"Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hingga RM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum ini tujuh peratus," katanya kepada pemberita di sini.
 
Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasan cukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar.
 
Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 dan pengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-3010 atau emel dicallcentre@hasil.gov.my.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahun depan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.
 
Mohd Shukor berkata secara keseluruhannya bajet 2013 mengandungi 37 pindaan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; lapan pindaan di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; sepuluh pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dan enam pindaan di bawah Akta Setem 1949.
 
Kesemua pindaan itu katanya sebagai menyokong fokus bajet bagi merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi dan meningkat produktiviti.
 
Justeru itu katanya, LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan di 23 lokasi di seluruh negara, mulai 3 Oktober depan.
 
Ia bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta Cukai Pendapatan dan akta-akta lain yang ditadbir agensi itu yang terkandung dalam Bajet 2013. - Bernama

Lelaki dayus



         
KUALA LUMPUR: “Suami yang tidak marah, malah merelakan isteri melakukan pekerjaan maksiat dan haram di sisi agama, adalah lelaki dayus. Dalam Islam, lelaki dayus tidak boleh masuk syurga,” kata penceramah bebas, Zawiyah Hassan.

Beliau yang juga mantan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sungguhpun suami meredai kerja isteri, ia tetap tidak berguna jika pekerjaan itu jelas melanggar hukum Allah.


“Suami sepatutnya mendidik isteri menjadi lebih baik, baru rumah tangga diberkati Allah. Setiap orang Islam perlu sedar, sebagai hamba, kita diikat dengan peraturan ditetapkan Allah, namun yang dilihat kini, semakin ramai mempermainkan perintah-Nya.

“Jiwa orang yang banyak berbuat dosa dan maksiat akan sentiasa terdorong melakukan perbuatan sama berulang kali atau perbuatan lebih teruk lagi, melainkan jika diberi hidayah Allah atau bertaubat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai cara hidup segelintir suami isteri di ibu kota yang ‘sekepala’ menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit sangat bahagia biarpun diselubungi noda berikutan mengutamakan hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah.


Malah, pasangan baru berkahwin, Man dan Liza, turut mengaku tidak kisah dengan pekerjaan Liza sebagai pelayan pelanggan (GRO) selain diberi keizinan suaminya kerana pendapatannya lumayan hingga mencecah lebih RM10,000 sebulan.

Bagaimanapun, Liza baru berhenti kerja sebagai GRO sejak sebulan lalu kerana kini hamil lima minggu.


Zawiyah berkata, contoh kehidupan demikian menunjukkan pasangan itu atau pasangan seumpamanya menganggap seolah-olah Allah tiada kaitan langsung dengan hidup mereka kerana melakukan apa saja sesuka hati tanpa batasan agama.

“Nasihat saya, segera bertaubat nasuha selagi masih ada kesempatan dan cari rezeki halal kerana rezeki Allah sangat luas di dunia ini. Sanggupkah kita melahirkan zuriat dengan perangai sama kelak?” katanya.

Jemaah haji wanita mesti diiringi muhrim

JEDDAH: Kementerian Haji Arab Saudi semalam menegaskan, hanya jemaah yang mematuhi syarat visa haji akan dibenarkan memasuki negara itu.

“Wanita bawah usia 45 tahun perlu diiringi oleh muhrim dan ia jelas tercatat dalam visa yang dikeluarkan, tidak kira kerakyatan jemaah,” kata jurucakap kementerian, Hassan Qadi.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Misi Haji Nigeria yang mendakwa sekumpulan jemaah wanita negara itu dilarang memasuki Arab Saudi selepas tiba di Lapangan Terbang Jeddah dan dihantar pulang.

Peristiwa itu menyebabkan Nigeria menggantung penerbangan haji ke Arab Saudi.


Akhbar al-Eqtisadiah melaporkan, pihak berkuasa Saudi berusaha menghantar pulang 1,100 jemaah wanita Nigeria tanpa muhrim selepas berbuat demikian ke atas 171 yang lain. - SG

Skandal gambar Kate berterusan

ANTARA gambar Kate yang disiarkan Se og Hør.
ANTARA gambar Kate yang disiarkan Se og Hør.
LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.
Semalam, majalah gosip Denmark, Se og Hør menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis.
Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang disiarkan termasuk menunjukkan Kate tanpa seluar dalam.

Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.


Pengarang Se og Hør, Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini: “Ia gambar unik seorang selebriti Kelas-A. Kami adalah majalah gossip paling unggul di Denmark dan sudah menjadi tugas saya untuk menyiarkannya.

“Jika keluarga diraja Britain ingin menyaman, kami terima dan kami akan menanganinya.”

Majalah Perancis, Closer yang mula menyiarkan gambar separuh bogel Kate sudah menerima arahan mahkamah supaya tidak menyiarkannya lagi.

Malah, tiga hakim Perancis mengarahkan majalah itu menyerahkan setiap salinan digital gambar itu serta diarah membayar kos perundangan.

Bagaimanapun, ramai yang menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan tidak bermakna untuk William dan Kate kerana ketika itu, lebih 500,000 naskhah majalah itu sudahpun terjual.

Tambahan pula, keputusan itu hanya membabitkan Closer.

Dalam pada itu, majalah gosip Amerika Syarikat, Gawker, semalam turut menyiarkan gambar seperti yang terkandung dalam Se og Hør. - DM

Tunku Idris dilantik pemangku raja

UNKU IDRIS ISKANDAR

 BAHRU - Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim semalam dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail di negeri ini.
Pengisytiharan pelantikan oleh Sultan Johor itu dibacakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada istiadat di Istana Pasir Pelangi di sini.
Pelantikan atas nasihat Jumaah Majlis Diraja itu dilakukan mengikut Fasal 9 (1)© dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Sultan Ibrahim menerusi Menteri Besar turut mengisytiharkan pelantikan Tunku Ismail yang kini berada di luar negara sebagai Pemangku Raja Johor, sekembalinya baginda ke negeri ini pada 19 Oktober depan.
Pelantikan atas nasihat Jumaah Majlis Diraja itu dilakukan mengikut fasal yang sama.


Penerbit filem hina Nabi Muhammad SAW tukar nama

Nakoula Basseley Nakoula

LOS ANGELES - Pihak pendakwa raya persekutuan di sini menyatakan, penerbit filemInnocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula kini menggunakan nama lain yang diiktiraf undang-undang Amerika Syarikat (AS).
Penolong Peguam Negara AS, Robert Dugdale kelmarin berkata, Nakoula, 55, kini dikenali sebagai Mark Basseley Youssef.
Nama itu terdapat dalam rekod mahkamah.
Beberapa dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Daerah Orange menunjukkan dia diberikan hak menukar nama pada 2002.
Nama penerbit tersebut ditukar kepada Youssef kerana Nakoula ialah nama seorang perempuan dan ia mencetuskan masalah kepadanya.
Youssef dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu selepas pihak berkuasa menyatakan dia melanggar syarat-syarat pembebasannya.
Lelaki itu dibebaskan pada Jun 2011 setelah menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana didapati bersalah menipu bank pada 2010.
Pendakwa raya Robert Dugdale berkata, dia dituduh melakukan lapan kesalahan termasuk membuat kenyataan palsu kepada para pegawai perunding cara dan menggunakan tiga nama yang berlainan.
Hakim Suzanne Segal turut memutuskan lelaki tersebut ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin kerana bimbang dia akan melarikan diri selain dianggap berbahaya kepada masyarakat.
Dia ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan di sini.
Youssef yang merupakan penganut Kristian Koptik akan ditahan sehingga seorang hakim memutuskan sama ada dia melanggar syarat-syarat pembebasannya.
Dia yang berketurunan Mesir kini merupakan warga AS.
Youssef menyembunyikan diri pada 15 September lalu sebelum ditangkap pada Khamis lalu.
Rumahnya di Cerritos di sini kini menunggu pembeli baharu.
Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu telah menyebabkan tunjuk perasaan ganas berlaku di beberapa buah negara sehingga mengakibatkan 50 orang mati baru-baru ini. - Agensi

Harta pusaka tak diwasiat RM45 bilion



Putrajaya: Nilai harta pusaka terbeku, iaitu yang tidak diwasiatkan, di Malaysia, sebahagian besar milik orang Islam dianggarkan mencecah RM45 bilion.

Penemuan itu adalah hasil kajian sebuah syarikat milik Bumiputera yang mengkhusus dalam bidang perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd. Sebahagian besar harta berkenaan dalam dalam bentuk wang tunai dalam akaun bank dan harta tetap.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrin Sabirin, berkata pelbagai faktor menyumbang kepada masalah berkenaan termasuk waris kurang pengetahuan mengenai pengurusan harta si mati.

Kurang pengetahuan

Kekurangan pengetahuan mengenai pengurusan dan prosiding harta pusaka menyebabkan waris tidak berminat untuk menguruskan harta berkenaan.

Masalah pengumpulan dokumen untuk pengurusan harta pusaka juga menjadi penyumbang kepada isu ini dan secara umumnya waris tidak tahu untuk bermula daripada mana, sekali gus menyekat usaha untuk menuntut harta pusaka, katanya kepada media selepas Konvensyen Pewarisan Harta Syariah di sini, semalam.
Tak tahu hukum

Selain itu, katanya, isu itu juga timbul kerana pertelagahan mengenai hak waris terutama dalam aspek faraid kerana tidak ramai yang tahu secara mendalam mengenai hukum itu serta tidak berusaha merujuk kepada yang pakar.

Justeru katanya, penyediaan dokumen tepat atau hibah (hadiah) serta melantik pegawai agensi pengurusan harta pusaka mampu menyelesaikan isu perebutan harta pusaka, selain mengelak harta itu terbeku akibat pewaris enggan memberi kerjasama.

Kesan hibah

Hibah jauh lebih berkesan dan fleksibel dari segi undang-undang syariah bagi tujuan pembahagian harta yang mana melaluinya pemilik harta boleh menentukan pewaris mengikut yang dikehendakinya.

Harta yang dihibah tetap akan menjadi hak pemiliknya selagi dia masih hidup dan berhak menikmati manfaat dari harta tersebut sepanjang hayatnya. Ia hanya bertukar milik kepada penerima hibah selepas kematian pemilik harta.

Selain itu, harta yang dihibah tidak akan menjadi harta pusaka dan tidak boleh dituntut oleh waris mengikut hukum faraid, katanya.

Mandian garam punca ganas, halusinasi



Louisiana: Saintis menemui kekuatan mengejutkan bahan utama dalam mandian garam yang membuatkan pengguna berdepan kesan selepasnya selama beberapa hari.

Lebih kuat daripada kokain Bahan dikenali sebagai Methylenedioxypyrovalerone (MDPV) itu yang biasanya ditemui pada dadah yang dijual di tepi jalan adalah 10 kali lebih kuat berbanding kokain, menurut Yayasan Sains Kebangsaan.
Ia boleh menyebabkan pengguna menjadi paranoid, ganas dan marah, pada masa sama membawa kepada halusinasi.

Mereka menjual bom jangka. Beberapa pesakit yang datang mengadu sakit dada teruk sehingga menyangka mereka mengalami serangan jantung. Mereka menyangka akan mati.

Mereka mengalami paranoid melampau. Mereka mengalami halusinasi. Mereka melihat benda, mendengar sesuatu seperti gergasi, syaitan dan makhluk asing, kata Pengarah Pusat Kawalan Racun Louisiana, Dr Mark Ryan, kepada ABC News.

Ryan menyedari sebaik menyedut serbuk yang dilabelkan dengan pelbagai nama termasuk Taufan Charlie, NOLA Diamond dan Bayou Ivory Flower, semua pengguna menderita tempoh psikotik berulang.
Sebahagian pesakit ditahan di hospital selama lima hari, 10 hari, 14 hari. Dalam sesetengah kes, mereka diberi ubat pelali yang kuat. Sebaik cuba mengurangkan dos pelalian, paranoid dan khayalan mereka datang semula, kata Ryan.

Tak dapat dipulihkan

Rakannya, Louise De Felice, berkata MDPV tidak dapat dipulihkan dan tidak akan hilang,

Saya tidak tahu mana-mana dadah lain yang mempunyai kesan sama tidak membenarkan anda lepas daripadanya, katanya.

Saintis menjalankan ujian untuk cuba memastikan kimia dalam dadah itu, mendapati ia dicemari MDPV, 10 kali lebih kuat daripada kokain.
Agensi

Lelaki Berusia 52 Tahun Cuba Buka Pintu Pesawat Kerana Sangka Ia Adalah Pintu Tandas

HONG KONG: Penerbangan Hong Kong Airlines dari Bali ke sini terselamat daripada malapetaka apabila seorang penumpang gagal membuka pintu kecemasan pesawat setelah menyangka ia adalah pintu tandas.

Para anak kapal Hong Kong Airlines yang menyaksikan kejadian itu terkejut apabila mereka melihat seorang lelaki China berusia 52 tahun bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu kecemasan pesawat dan kemudian cuba untuk membuka pintu berkenaan.
Nasib baik dia gagal membuka pintu berkenaan dan kakitangan kabin dengan pantas menghalangnya secara fizikal daripada meneruskan niatnya itu.
"Apabila dia disoal oleh polis, selepas mendarat, lelaki itu berkata dia berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas memandangkan inilah pertama kali dalam hidupnya menaiki pesawat," kata salah seorang kakitangan pesawat itu.

sumber

Lelaki sumbat mulut isteri dengan sabun pencuci kerana mengeluarkan kata-kata kotor

Konflik antara dua sejoli memang suatu hal yang wajar terjadi, tapi ketika salah satu diantara keduanya mulai mengeruhkan suasana dengan melemparkan kata-kata kotor, sabun cuci piring bukanlah solusi yang terbaik.
Malam  25 September kelmarin, John Vincent Caruso (26), dan kekasihnya, Stephanie Madwell, terlibat dalam perang mulut yang terjadi di rumah John di daerah Pasco, Florida.
Ketika pertengkaran semakin memanas, John mulai khuatir jika suara keras mereka dapat membangunkan anak-anak mereka yang sudah terlelap. John kemudian memberikan peringatan kepada Stephanie agar ia berhenti mengeluarkan sumpah-serapah kotor dari mulutnya. Jika tidak, ia akan membersihkan mulut isterinya menggunakan sabun pencuci.
Stephanie tak mempedulikan peringatan dari John yang pertama, kedua, dan pada saat peringatan yang ketiga dijatuhkan dan kata-kata kotornya terus mengalir, John segera mengambil sebuah botol sabun cuci piring dari dapur, menempelkan hujung botol itu ke mulut Stephanie, dan crooot!
Stephanie, dengan mulut dan bajunya yang kini wangi dengan aroma sabun cuci piring, segera lari menuju rumah ibunya. Dari sana ia lalu menghubungi polis.
Kepada polis, John mengatakan metodenya untuk menghentikan sumpah-serapah dengan menggunakan sabun cuci piring itu ia pelajari dari orang tuanya sendiri ketika ia masih kecil. Waktu kecil ia sering diperlakukan seperti itu. Ia bahkan mengaku jika kini, setelah dewasa, ia masih tetap sering 'mencuci' mulutnya sendiri untuk menghargai orang tuanya. Bagaimanapun, cerita tradisi keluarganya yang aneh ini tak mempengaruhi keputusan polis untuk menahan John atas tuduhan melakukan kekerasan dalam rumah tangga.
Ini adalah kali ke-empat bagi John menginap di hotel prodeo setelah sebelumnya ia ditahan kerana masalah memilikan ubat terlarang dan menghindari kejaran polis.
via My Fox

 sumber

Nelayan Temui Jari Manusia dalam Mulut Ikan


(Foto: Orange)

IDAHO - Seorang nelayan di Bonner County, Idaho, Amerika Syarikat (AS), Nolan Calvin terkejut mendapati jari manusia di dalam mulut ikan yang baru ditangkapnya. Namun tidak demikian dengan sang pemilik jari, Hans Galassi yang sama sekali tidak merasa terkejut  dengan hal tersebut.

Menurut Calvin jari manusia itu dia temukan ketika hendak membersihkan ikan jenis trout yang berhasil ditangkapnya di sebuah danau di Bonner County.

Calvin yang terkejut pun langsung menelepon pejabat keselamatan setempat untuk melapor temuannya, sementara jari manusia itu dia letakkan dalam sebuah wadah berisi ais. Aparat keselamatan segera menemui Calvin dan memeriksa cop jari yang ternyata adalah milik Galassi.

"Polis menelepon saya. Mereka mengatakan mereka memiliki cerita yang cukup aneh untuk saya dengar," ujar Galassi seperti diberitakan SuratkhabarSpokesman-Review dan dikutip Orange, Khamis (27/9/2012).

"Polis  pun mulai menceritakan, usai memancing di Danau Priest seorang nelayan.. saya langsung memotong dia dan mengatakan bahawa saya tahu kemana ini cerita ini akan mengarah. Jadi saya katakan kepada polis  biar saya yang melanjutkannya, nelayan itu menemukan jari saya dalam mulut ikan," imbuhnya.

Hans Galassi kehilangan empat jarinya dalam satu kemalangan ketika dia tengah melakukan olahraga wakeboarding sekira tiga bulan lalu. Tangannya tersangkut pada sesuatu di dalam air dan begitu dia berusaha keras menariknya keempat jari Galassi pun putus.

Namun ketika polis menawarkan Galassi untuk menemukan jarinya kembali, lelaki itu menolaknya. Polis mengatakan mereka akan menyimpan jari itu hingga beberapa minggu ke depan, menunggu hingga Galassi berubah fikiran.(rhs)

Saturday, September 29, 2012

4 maut, 8 cedera serangan berasingan di selatan Thai

BANGKOK - Empat orang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam insiden serangan bom dan tembakan yang berlaku berasingan di wilayah selatan Thailand dalam tempoh 24 jam lepas.
 
Di wilayah Narathiwat, empat orang termasuk tiga daripada sebuah keluarga cedera dalam satu letupan bom di Jalan Pattani-Narathiwat di Kampung Pohon Jerai, Bacho, pada pukul 6.30 petang semalam, kata ketua polis Balukar Samok, Kapt. Narathip Sopap.
 
Manakala seorang lelaki terbunuh dan dua cedera selepas ditembak dalam satu kejadian di Rusok, Narathiwat, pada pukul 3 petang.
 
Di Pattani, seorang jurucakap polis berkata seorang anggota polis cedera apabila terkena tembakan di Saiburi pada pukul 8 pagi dan anggota kumpulan pemisah  menembak mati seorang lelaki di pasar Pattani pada pukul 1 tengah hari.
 
Di Yala, anggota kumpulan puak pemisah telah menembak mati dua lelaki manakala seorang cedera dalam serangan pada pukul 7.40 pagi.
 
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah menggerakkan semula kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan tiga wilayah selatan Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas. - Bernama

1,100 jemaah haji wanita diarah pulang



RIYADH - Arab Saudi untuk pertama kali mengarahkan 1,100 jemaah haji wanita warga Nigeria pulang semula ke negara mereka kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan oleh negara itu.

Menurut kementerian yang mengendalikan urusan jemaah haji di Arab Saudi, tindakan tersebut diambil kerana ribuan jemaah haji itu tidak diiringi saudara lelaki mahram mereka.

Kementerian itu menyatakan, ia adalah peraturan biasa yang dikenakan terhadap mana-mana wanita yang telah memohon visa untuk memasuki negara tersebut.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan semalam, Suruhanjaya Haji Nigeria memaklumkan jemaah haji wanita negara itu sebenarnya dikecualikan daripada peraturan ketat tersebut mengikut perjanjian dua hala yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.

Difahamkan, Nigeria telah menghantar delegasi ke Arab Saudi untuk berbincang mengenai perkara tersebut dan pihak berkuasa bersetuju untuk membenarkan jemaah haji wanita itu masuk ke negara terbabit hanya jika mereka diiringi saudara lelaki mahram masing-masing.

Di bawah undang-undang negara itu, wanita yang berumur 45 tahun ke bawah yang berhasrat untuk menunaikan Rukun Islam Kelima tersebut mesti diiringi oleh suami atau ahli keluarga lelaki.

Golongan wanita berumur 45 ke atas pula diberi kelonggaran mematuhi peraturan itu, namun mereka masih perlu berada di dalam kumpulan yang dikendalikan oleh pengiring agensi atau pegawai haji.

Pesalah cukai ke mahkamah


CYBERJAYA 28 Sept. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memperkasakan usaha mengutip cukai termasuk memberi tumpuan kepada siasatan jenayah berbanding siasatan sivil terhadap pesalah cukai mulai tahun depan.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar berkata, langkah itu bermakna, LHDN akan mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat dan individu yang lewat atau tidak menyerahkan borang cukai.
''Kalau sebelum ini ada orang yang lewat atau gagal hantar borang, kita hanya mengambil tindakan sivil dan mengenakan penalti.
''Tetapi di bawah tindakan jenayah, kita akan bawa kes ini ke mahkamah jika seseorang itu gagal menghantar borang dalam tempoh yang ditetapkan, ini merangkumi semua kategori termasuk untuk e-Filing," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.
Mohd. Shukor berkata, LHDN juga akan memantapkan tindakan jenayah terhadap majikan yang memotong cukai daripada gaji pekerja tetapi tidak memasukkannya kepada LHDN.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan bertolak ansur terhadap kesalahan yang tidak disengajakan termasuk pembayar cukai yang lewat menghantar borang buat pertama kali.
''Kita akan melihat rekod sama ada pembayar cukai itu selalu lakukan kesalahan atau sebaliknya, apa yang penting ialah pembayar cukai mesti serahkan borang.
''Ini bukan bertujuan menakutkan pembayar cukai tetapi mahu memastikan mereka memainkan peranan masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, penurunan kadar cukai pendapatan yang diumumkan dalam Bajet 2013 akan membolehkan golongan berpendapatan kasar kira-kira RM3,000 sebulan tidak perlu membayar cukai.
''Sebelum ini mereka perlu bayar sedikit cukai tetapi untuk pendapatan 2013, mereka mungkin tidak perlu membayar cukai," katanya.
Sementara itu, Mohd. Shukor berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan tentang Bajet 2013 dan soal cukai boleh mengemukakan pertanyaan melalui talian 1-300-88-3010 atau emel ke callcentre@hasil.gov.my.
''LHDN juga akan menganjurkan seminar percukaian kebangsaan di 23 lokasi di seluruh negara untuk memberi keterangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta Cukai Pendapatan dan akta-akta lain.
''Satu topik khas mengenai siasatan jenayah cukai pada 2013 juga akan dikupas dalam seminar ini," katanya.

Bekas kerani perlu bantuan

Bekas kerani perlu bantuan
Keadaan rumah Yahya yang uzur tanpa bekalan bekalan elektrik dan air
KAMPUNG GAJAH (PERAK TENGAH) - Kesukaran hidup bekas kerani polis di Kampung Kota, Kampung Gajah sejak kehilangan ibunya beberapa tahun lalu memerlukan perhatian pihak berkenaan.

Kehidupan, bekas kerani, Yahya Mat Nawi, 51, yang menghidap kencing manis dan masalah mental tidak terurus di rumah yang terletak di dalam kebun durian.

Anak saudaranya yang mahu dikenali sebagai Azman berkata, bapa saudaranya tinggal di sebuah rumah usang yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

“Saya bimbangkan keselamatan pakcik yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

"Walaupun beberapa kali diajak untuk tinggal bersama dia tetap menolak dan mahu menetap di rumah itu,” katanya ketika ditemui pada lawatan Kasih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin ke rumahnya.

Kata Azman, dia hanya mampu membantu dari segi segi makan minum tetapi tidak dapat memantau pakciknya pada waktu malam.

Jelasnya, walaupun jiran-jiran berhampiran juga turut membantu memberikan bekalan makanan untuk pakciknya namun, dia berharap Yahya mendapat bantuan yang sepatutnya untuk meneruskan kehidupan.

“Biarlah keadaannya lebih terurus selepas ini dan mempunyai tempat tinggal yang sempurna berbanding sekarang kerana rumah yang didiami kini semakin usang,” katanya.

Sementara itu,  Norashikin berkata, pihaknya akan memohon bantuan baik pulih rumah supaya Yahya mempunyai tempat berlindung yang lebih sempurna.

“Kita juga akan mengusahakan supaya dia mendapat bantuan bulanan bagi membantu dia menguruskan diri,” katanya.

40 tahun dambakan elektrik

40 tahun dambakan elektrik
Baharuddin (tengah) bersama Mat Nasir (kanan) menunjukkan dan
 dua mesin janakuasa elektrik digunakan dan surat rayuan
 kepada pihak terlibat sambil diiringi Ramli (berdiri, kiri
SEMANGGOL (KERIAN) - Ketika hampir semua kawasan di daerah Kerian pesat membangun, masih ada kawasan yang ‘terlepas pandang’ sehingga penduduknya terpaksa bergelap dan tidak mendapat bekalan air sempurna.

Situasi ini dialami kira-kira lima keluarga menetap di Kampung Matang 36, dekat Jalan Kerian yang terpaksa hidup tanpa kemudahan bekalan itu sejak 40 tahun lalu.

Salah seorang penduduk, Baharuddin Arip, 57, mendakwa, beliau sudah beberapa kali membuat permohonan mendapatkan bekalan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian tetapi tidak berjaya dengan alasan penduduk kampung tidak mencukupi untuk menyalurkan bekalan itu.

“Kami dimaklumkan kos membina pencawang elektrik sangat tinggi dan pihak berkenaan tidak mempunyai peruntukan secukupnya bagi menyediakan kemudahan elektrik kepada kami.

“Akibatnya, setiap penghuni rumah terpaksa bergantung kepada dua mesin jana kuasa elektrik dan sebuah pam air untuk mendapatkan bekalan bagi tempoh terhad,” katanya.

Katanya, lebih membebankan, penduduk terpaksa memperuntukkan kos bahan api lebih RM300 sebulan semata-mata untuk memastikan rumah mereka mendapat bekalan elektrik bermula jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Seorang lagi penduduk, Mat Nasir Ahmad, 80, berkata, pihaknya menghantar surat rayuan kepada PDT Kerian pada bulan November 2006 untuk memohon kelulusan pembinaan infrastruktur jalan raya, penyediaan bekalan elektrik dan air kerana mereka terpaksa melalui jalan kebun untuk keluar ke pekan.

Menurutnya, susulan pembinaan bangunan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Matang Timbul terletak berdekatan kampung itu, pihak berkenaan membina jalan berturap selain Kementerian Kesihatan menyediakan dua punca air bersih dari telaga asli.

“Bagaimanapun, usaha penyambungan bekalan elektrik gagal diselesaikan pada masa itu dan tidak diteruskanhingga kini.

“Sudah puas kami mengadu, permohonan kami ditolak ke sana dan ke mari ibarat seperti bola dengan alasan jumlah penduduk di kampung ini tidak cukup.

“Saya kesal kerana kampung yang dikelilingi kawasan yang pesat membangun masih terpinggir daripada kemudahan asas,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semanggol, Ramli Tusin menggesa pihak bertanggungjawab tidak meminggirkan kawasan kampung di pedalaman, lebih-lebih lagi ada bangunan PLKN berdekatan kampung itu.

Menurutnya, kesemua pemilik rumah berkenaan memiliki geran tanah dan inisiatif meluluskan penyaluran bekalan elektrik tidak seharusnya menjadi sukar.

“Saya akan mengemukakan masalah ini terhadap pihak berkenaan memandangkan ia melibatkan keperluan asas rakyat.

“Agak menghairankan tiada inisiatif diambil dan perkara ini perlu diselesaikan segera memandangkan semua rakyat berhak mendapat kemudahan asas daripada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dun Semanggol, Zaini Cha menegaskan usaha pemasangan bekalan elektrik di kampung Matang 36 agak sukar disebabkan pihak terlibat perlu mendapatkan keizinan puluhan tuan tanah bagi membolehkan pemasangan tiang elektrik dibuat.

Menurutnya, jarak kampung sejauh 3.2 kilometer dari kampung berdekatan turut menyebabkan kos pemasangan bekalan elektrik sangat tinggi.

“Justeru, kami mungkin mencadangkan penggunaan panel solar yang lebih menjimatkan kos kepada lima keluarga terlibat bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan bekalan elektrik seperti orang lain,” katanya.

Nato, Afghanistan lakukan rondaan bersama



WASHINGTON - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mula melakukan 'operasi bersama' dengan tentera Afghanistan bagi mengurangkan serangan terhadap kem mereka di negara itu.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Leon Panetta berkata, Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (Isaf) mengumumkan untuk menjalin semula operasi bersama tentera Afghanistan bagi mengurangkan tekanan selepas kem Nato diserang minggu lalu.

“Kebanyakan unit Isaf telah bekerjasama di semua peringkat bagi mengurangkan serangan terhadap Barat dan sekutunya,” katanya. -AFP

Tawaran RM200j ‘selamatkan’ anak perempuan lesbian

Cecil Chao - Gigi
Cecil Chao dan anak perempuannya, Gigi.
HONG KONG - Apabila taikun hartanah Hong Kong, Cecil Chao menawarkan hampir RM200 juta (AS$65 juta) kepada sesiapa yang sanggup berkahwin dengan anak perempuannya, seorang lesbian, ramai menyifatkannya satu cadangan tidak patut.

Tawaran itu mendapat sambutan luar biasa dari seluruh dunia.

Laporan media Hong Kong menyebut lebih 100 orang telah menawarkan diri untuk menjadi pasangan anak perempuannya, Gigi, 33, dengan membanjiri pejabat beliau sejak pengumuman itu dibuat Rabu lalu.

Malah beribu-ribu menawarkan diri menerusi surat, e-mel dan faks.

Gigi telah pun berkahwin dengan seorang wanita.

Bapanya mahu menyelamatkan anaknya atas alasan perkahwinan sejenis tidak sesuai dengan norma dan status masyarakat.

Antara mereka yang menawarkan diri termasuklah veteran perang dari Amerika Syarikat (AS), Istanbul, Amerika Selatan dan Portugal, kata Gigi.

Seorang warganegara Perancis menulis: "Saya fikir saya boleh menjadikan wanita ini gembira. Saya selembut seorang wanita."

Seorang rakyat AS pula menulis, "saya berminat dengan tawaran untuk berkahwin dengan anak perempuan anda. Saya seorang lelaki, juga seorang gay."

Suami koma, keluarga sembilan anak tersepit

GUA MUSANG -  Sebuah keluarga dengan sembilan anak di sini berdepan dengan masa depan yang suram apabila si ibu terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suami yang koma akibat kemalangan jalan raya.
 
Naspareha Najib, 46, yang bekerja sebagai tukang sapu di Hospital Gua Musang terpaksa berbuat demikian lantaran tiada siapa dapat menjaga suaminya Mohamad Hanafi Mat Ali, 51, yang koma sejak tiga bulan lepas.
 
"Selain menjaga makan minum saluran tiub melalui hidung, dia (Mohd Hanafi) kerap tersedak menyebabkan kami terpaksa mengusap-ngusap dadanya untuk menahan kesakitannya.
 
"Inilah yang memaksa saya memberi tumpuan menjaganya sepenuh masa dan menyebabkan terpaksa berhenti kerja dengan Radicare sebagai pencuci sejak dua bulan lalu," katanya ketika ditemui di kuarters Rancangan Pemulihan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Sungai Terah, di sini.
 
Terdahulu wanita itu menerima sumbangan daripada Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kelantan yang diserahkan Presidennya Zamzani Harun.
 
Menurut Naspareha, mereka sekeluarga kini bergantung hidup kepada pencen Mohd Hanafi sebanyak RM700 sebulan yang bersara awal sebagai pembantu am di Kesedar selepas mengalami angin ahmar sebelum terbabit kemalangan Julai lalu.
 
Dengan wang sebanyak itu juga Naspareha berkata mereka menanggung perbelanjaan persekolahan tujuh anak mereka.
 
"Saya amat berharap pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial percepatkan proses tuntutan pampasan bayaran ilat suami saya bagi meringan perbelanjaan keluarga saya," katanya.
 
Wanita itu berkata suaminya yang menunggang motosikal untuk menghantar anak ke sekolah dirempuh sebuah kereta pada 9 Julai lepas dan kemalangan tersebut menyebabkan Mohamad Hanafi terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Universti Sains Malaysia, Kubang Kerian selama 15 hari.
 
Bagaimanapun, Mohamad Hanafi dibawa pulang oleh keluarganya bagi menyambut Aidilfitri dan akan dihantar semula ke hospital berkenaan pada 2 Oktober ini untuk rawatan susulan.
 
Mereka yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank CIMB milik Mohamad Hanafi bernombor 0307-0007387-52-8.
- Bernama

Tikus mampu sembuh sendiri


FLORIDA 28 Sept. - Sejenis tikus kecil dari Afrika didapati mampu menyembuhkan lukanya sendiri, sekali gus menjadi kunci kepada revolusi perubatan dalam bidang pertumbuhan semula tisu mamalia.
Sebelum ini, hanya cicak diketahui boleh menggantikan anggotanya yang hilang, namun secara saintifik, biologi amfibia sangat berbeza dengan manusia dan pakar mendapati haiwan itu tidak boleh digunakan dalam perubatan manusia.
Menurut sekumpulan saintis dari Universiti Florida, gen tikus kecil dari Afrika yang dikenali dengan nama santifiknya Acomys kempi dan Acomys percivali itu didapati paling hampir dengan manusia dan berpotensi merawat luka manusia.
Ketua kajian, Ashley Seifert berkata, tikus itu mampu membina semula tisu telinga sama seperti cicak membina semula anggotanya yang hilang akibat diserang.
"Tikus kecil ini mampu menghasilkan kulit, folikel rambut dan rawan," katanya.
Seifert melakukan ujian menggunakan kaedah menebuk lubang pada telinga tikus tersebut untuk melihat bagaimana ia akan tumbuh semula.
"Keputusannya sangat menakjubkan. Tisu yang pelbagai tumbuh semula melalui kaedah yang sama digunakan oleh cicak untuk menghasilkan anggotanya," katanya.
Sementara itu, Profesor Ken Muneoka dari Universiti Tulane, menganggap penemuan tersebut sangat penting kerana ia menghasilkan kaedah baru perubatan merawat luka di bahagian kulit dan pertumbuhan semula tisu di kalangan manusia. - AGENSI

Majlis Hak Asasi PBB lanjut tempoh mandat di Syria


GENEVA 29 Sept. - Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, melanjutkan tempoh mandat siasatan jenayah perang di Syria kepada enam bulan.
Keputusan itu dicapai selepas 41 daripada 47 negara anggota mengundi agar langkah itu dibuat ekoran keganasan berterusan di negara tersebut.
Resolusi tersebut turut mengecam keganasan yang dilakukan oleh pasukan tentera Syria dalam tempoh 18 bulan pergolakan di negara itu. - REUTERS

Lebih 100 banduan merusuh, 13 polis maut di Iraq


TIKRIT, Iraq 29 Sept. - Kira-kira 108 banduan merusuh di sebuah penjara di sini semalam, menyebabkan 75 daripada mereka dapat melarikan diri, manakala 13 anggota polis terbunuh.
Ketua Jawatankuasa Majlis Keselamatan wilayah Salaheddin, Mohammed Hassan Attiya berkata, kejadian itu berlaku selepas kumpulan al-Qaeda Iraq melancarkan kempen pembebasan anggotanya yang dipenjarakan.
“Kesemua banduan tersebut merupakan anggota al-Qaeda dan kini dalam buruan polis," katanya. - AFP

Audit: 64,100 pengundi pos daftar dalam satu hari

(Anwar dan pemimpin Pakatan di pentas khas di majlis
makan malam perdana)
SHAH ALAM: Kewibawaan Suruhanjaya Piliahn Raya (SPR) dipertikaikan lagi apabila audit yang dibuat ke atas daftar pemilih mendapati 64,100 pengundi pos telah didaftar dalam satu hari.

Ia telah didaftarkan pada 9 April 2010 dan menimbulkan pelbagai tanda tanya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berdasarkan audit yang dibuat pada bulan Mac 2012, kata Anwar.

Beliau mendedahkan perkara ini ketika berucap di majlis makan malam perdana anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Melawati malam tadi.

Hampir kesemua pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kecuali Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang tidak berapa sihat, berada di majlis itu.

Selain itu, audit yang dibuat juga mendapati 77,400 pengundi yang tidak dimasukkan dalam senarai pemilih 2008 telah dimasukkan begitu sahaja dalam senarai ini tanpa melalui proses yang sepatutnya.

Audit itu juga mendapati, 2,052 anggota tentera telah dimasukkan dalam senarai pemilih itu tanpa dinyatakan nombor kad pengenalan baru Malaysia.

Anwar juga memberitahu, 4.38 juta pemilih yang ada dalam senarai itu tidak mempunyai nombor rumah pada alamatnya manakala 3.3 juta pemilih pula mempunyai nombor rumah sahaja tetapi tidak mempunyai alamat jalan dan sebagainya.

"Kesemua ini menimbulkan pelbagai tanda tanya ke atas kewibawaan senarai pemilih ini," kata Anwar.

Bagaimanapun, di sebalik kesemua masalah itu, katanya, beliau yakin Pakatan akan menang dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Perkembangan yang berlaku di Sabah dan Sarawak serta kehadiran pemimpin mereka malam ini memberikan satu semangat baru kepada kita," kata Anwar.

Antara yang hadir malam tadi adalah bekas timbalan menteri, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan anggota Parlimen Wilfred Bumburing serta beberapa nama besar lagi dalam arena politik tanah air.

Kedua-dua mereka telah mengumumkan meninggalkan Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini.

Bajet 2013: Bajet panik, bajet selamat tinggal


KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah belanjawan panik yang takut kepada kebangkitan rakyat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


Tetapi, katanya lagi, apa pun yang diumum dan diberikan oleh Najib dalam belanjawan itu tidak akan dapat membendung kemaraan gelombang kebangkitan rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Belanjawan tersebut adalah belanjawan selamat tinggal dari Najib sama ada sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kewangan," kata Mahfuz.

Beliau berkata, sama ada BN kalah atau menang dalam pilihan raya umum akan datang, inilah penggal terakhir bagi Najib dalam kabinet.

"Kalau dengan segala tipu dayanya BN menang sekalipun dalam pilihan raya akan datang, ia dijangka lebih tipis dari kemenangannya pada tahun 2008.

"Akibatnya, Najib akan dihambat seperti Umno hambat Pak Lah (Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi) setelah beliau gagal mendapatkan majoriti dua pertiga untuk BN dalam pilihan raya 2008 lalu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Bagi Mahfuz, belanjawan tersebut bagaikan wasiat Najib dalam pembahagian harta.

"Berbilion-bilion diwasiatkan untuk anak-anak kesayangan atau kroni-kroni Umno yang pakar membodek dan mengampu.

"Anak-anak yang tak mahu atau tak pandai membodek dan mengampu pula, dapatlah sagu hati RM1,000, RM250, RM200 atau RM7.80," katanya.

Tumpuan belanjawan panik Najib itu, kata Mahfuz, adalah untuk menggula-gulakan rakyat supaya memberi peluang kepada Umno BN sekali lagi.

Namun begitu, katanya, masih terdapat unsur ketirisan dan hendak mengkayakan kroni.

"Walaupun hendak menggula-gulakan rakyat supaya terus menyokong Umno BN, tetapi belanjawan itu bukan untuk rakyat," katanya.

Belanjawan yang tidak pro-rakyat itu, kata Mahfuz, tidak mempedulikan masalah fundamental dalam ekonomi negara seperti penghapusan rasuah, salah urus dan percanggahan yang besar antara perancangan dan perlaksanaan.

"Belanjawan itu juga mengetepikan soal akauntabiliti," katanya.

Beliau juga menyifatkan belanjawan itu kosong dengan pendekatan yang menarik perhatian untuk meningkatkan ekonomi.

"Tidak ada perkara baru seperti perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diumumkan oleh (Tun) Dr Mahathir dulu.

"Belanjawan Najib tidak ada daya penarik. Orang Putih kata tak ada 'wow factor'," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan belanjawan itu tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.

"Kita baca berita tentang belanjawan Perancis yang dipanggil 'combat budget' dengan memberikan tumpuan kepada pengurangan hutang negara serta kos pinjaman yang kian meningkat dan pengurangan defisit perbelanjaan awam," kata beliau.

Sebaliknya, kata Mahfuz, belanjwan Najib tidak memberi tumpuan kepada hutang negara yang telah mencecah RM476 bilion.

"Kerajaan Umno BN juga masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara," katanya lagi..
-harakah

Hutang negara semakin bengkak menjadi RM502 billion

Hutang negara yang semakin bengkak ekoran perbelanjaan Belanjawan Negara 2013 yang tinggi mendapat perhatian pemimpin Pakatan Rakyat yang risau ia akan tenggelamkan ekonomi negara.

MP Pakatan yang ditemui juga berpendapat, belanjawan tersebut tidak mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa dan domestik yang semakin mencabar dan akan memberi kesan kepada pendapatan negara.

Mereka juga berkata belanjawan tidak mengambil kira masalah struktur ekonomi yang sarat dengan monopoli kroni Umno-BN yang mengakibatkan harga tinggi bagi barangan dan perkhidmatan.

Ini berbeza kata mereka, dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang mengstruktur-semula asas ekonomi negara supaya pendapatan rakyat ditingkatkan, mengalakkan daya saing yang sihat dalam bidang keusahawanan dan melahirkan masyarakat yang saksama.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan kerajaan pusat yang berjumlah RM 251.6 bilion.

Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013.

Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 26 September, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK.

Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan :

MP Gombak Azmin Ali “Apa yang saya tegaskan tadi pengumuman bajet amat mengejutkan.

“Kita harus memberi unjuran gambaran situasi ekonomi dunia yang sudah tentu akan beri kesan langsung kepada ekonomi domestik tetapi Menteri Kewangan langsung tidak sentuh.

“Apa yang amat menyedihkan, rakyat biasa kelas menengah dan rakyat miskin diberikan sogokan kecil one off seperti BRIM tetapi untuk tauke besar dan kroni pemerintah, diberikan insentif 10 tahun seperti yang diumumkan tadi iaitu Tun Razak Exchange.

MP Bagan Lim Guan Eng

“Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini.

“Yang lebih dapat banyak manfaat masih kroni-kroni yang dapat banyak projek yang telah dijanjikan Ini adalah janji ditepati kepada kroni-kroni.

“Janji dalam buku jingga dapat dilaksanakan jika kita memerintah Putrajaya dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya bukan untuk kroni-kroni.

” MP Kepong Dr Tan Seng Giaw

“Ia merupakan peruntukan bajet yang amat besar berbanding dengan tahun lalu.

“Tetap ada beberapa perkara yg belum dibuat misalnya utk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) kerana kita ingin mencegah ketirisan.

“Sebab itu defisit sekarang ialah RM 43 bilion dan kalau kita tiada badan yang betul-betul boleh uruskan ini kita susah untuk hadapi masalah kerana hutang negara telah melebihi 54 peratus KDNK.

“Bajet ini secara keseluruhannya untuk pancing undi pada pilihanraya akan datang.

Yang penting kerajaan perlu atasi defisit.

” MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar

“Belanjawan yang diumumkan hari ini tidak menjelaskan sumber-sumber pertumbuhan pada masa akan datang.

“Bayangkan cukai peribadi personal income tax diturunkan satu peratus jadi saya tertanya-tanya kritikan sebelum ini mengatakan tidak ada sumber pertumbuhan yang dikemukakan oleh Pakatan.

“Kenapa hari ini terlalu bersifat budaya amat memperlihat pembelian undi dan juga tidak benar-benar cuba menyelesaikan masalah struktur ekonomi Malaysia?


Bajet 2013 tidak dapat selesai hutang negara

KUALA LUMPUR: Bajet 2013 didakwa memberi tumpuan yang lebih kepada golongan sasar untuk menarik undi mereka pada Pilihan raya Umum ke-13.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr.Mujahid Yusof Rawa berkata, pemberian one off kepada golongan belia, nelayan, petani dan pesara tentera menunjukkan kerajaan sedang menawan hati golongan itu.

"Apa yang kerajaan beri dalam bentuk one off kepada golongan 21 tahun ke atas seperti rebat pembelian smartphone, pelajar sekolah dapat RM100 baucer, RM250 baucer buku kepada pelajar IPT, ini semua sasaran kerajaan dalam pilihan raya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen, petang tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tiada sesuatu yang baru dalam Bajet 2013 selain tidak menyelesaikan masalah bebanan hidup rakyat.

"Semua ini tidak menyelesaikan bebanan hidup. Kita mahu kalau boleh ada isu harga minyak tapi tak ditekankan.

"Saya menganggap bajet ini berada dalam kerangka lama, tidak ada sesuatu yang baru dan bajet pilihan raya kerana semuanya akan diberi pada 2013.

Selain itu katanya, masalah hutang negara juga tidak dapat diselesaikan jika kerajaan terus mengamalkan pemberian one off.

"Masalah hutang negara tidak digarap dan meningkap 10.1 peratus dalam laporan ekonomi iaitu hutang dalaman RM484.8 bilion berbanding dahulu iaitu lebih kurang RM430 bilion," katanya.

“Jadi saya bimbang kalau pun Pakatan berjaya meneraju pemerintahan kita akan mewarisi ekonomi yang bankrup.” -selangorku



Ulasan GB

GB terbaca dari wall fb:

Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion
Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020)
Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak perlu bimbang. Kita baru 53 percent. Threshold 55 percent. Bagus pny menteri)
Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!)
September 2012 (terkini): RM476.68 bilion.
sumber: Bank Negara Malaysia

Bajet 2013 : RM 502 Billion

clap clap clap....
http://greenboc.blogspot.com

'Kami mulakan dulu'

'Kami mulakan dulu'
Ramley dan Norhaileyza (kanan) menunjukkan Bantal 1Malaysia dijual di kedainya.
SEREMBAN – Siapa sangka, idea meletakkan nama '1Malaysia' sebagai jenama pada produk jualannya kira-kira tujuh tahun lalu, rupanya akan diikuti dengan beberapa keluaran lain menggunakan jenama sama.

Itulah keunikan bagi Kedai Bantal 1Malaysia, apabila mereka yang mula-mula dulu menggunakan '1Malaysia' sebagai identiti produk, sebelum ia digunakan kerajaan untuk beberapa produk dan perkhidmatan.

'Kami mulakan dulu'
Kedai milik Norhaileyza terletak di Paroi.
“Sebelum kerajaan mengeluarkan produk berjemana 1Malaysia, kami terlebih dahulu mengunakan jenama tersebut terhadap produk jualan kami,”, kata Pengarah Urusan Kedai Bantal 1Malaysia, Norhaileyza Ramley, 31.

Menurut Norhaileyza, kedainya yang terletak di Paroi, dekat sini mula beroperasi sejak 2005 dan ketika itu kerajaan belum lagi mengeluarkan barangan 1Malaysia seperti sekarang.

Malah, katanya, dia tidak pernah terfikir bahawa satu hari nanti jenama '1Malaysia' akan digunakan kerajaan untuk produk-produk yang menggambarkan suasana masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Sejak mula berniaga memang kami menggunakan jenama Bantal 1Malaysia. Pada ketika itu, kami memikirkan produk dijual itu haruslah murah serta mampu dibeli semua golongan.

“Tidak sangka pula, apa yang difikirkan kami hampir sama dengan konsep kerajaan terhadap barangan 1Malaysia yang kini boleh diperolehi di merata-rata tempat.

“Biarpun konsepnya sama, tetapi sehingga kini, kami berbangga kerana menjadi peniaga pertama yang mengunakan nama tersebut dengan menjual Bantal 1Malaysia di Seremban,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Norhaileyza berkata, kedai ilham daripada bapanya, Ramley Abdullah, 56, itu sehingga kini tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana badan kerajaan.

Menurutnya, sejak ayahnya pencen askar, dia menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan ini sehingga sekarang.

“Kami pernah juga cuba mendapatkan bantuan daripada badan kerajaan, namun semuanya amat mengecewakan berikutan terdapat beberapa syarat yang tidak mampu kami penuhi.

“Bagaimana pun, kami tetap bersemangat meneruskan perniagaan ini, memandangkan bukan semua berminat hendak berniaga bantal, lebih-lebih lagi bantal berkonsepkan 1Malaysia.

“Dari segi harga, boleh dikatakan bantal kami jauh lebih murah hampir 70 hingga 80 peratus murah dari harga pasaran,” katanya.

Katanya, lebih 20 jenis bantal dengan pelbagai material boleh diperolehi di kedainya itu serendah RM6 sehingga mencecah RM200.

“Namun, bagi bantal 1Malaysia, kebanyakannya kami jual dengan harga RM10 sahaja dengan mengunakan material jenis ’foam’ yang senang dijaga dan tidak mudah menjadi leper,” katanya.

Selain itu, katanya, kepada mana-mana peniaga yang berminat untuk menjual bantal 1Malaysia, kedainya juga ada menyediakan perkhidmatan bagi mendapatkan bantal secara borong.

Hidup sendirian di dangau daif

Hidup sendirian di dangau daif
Di dangau yang daif inilah tempat Ibrahim menumpang berteduh sejak dua tahun lalu
TUMPAT – Seorang warga emas, Ibrahim @ Salleh Mamat, 62, menghabiskan sisa hidupnya bersendirian di sebuah dangau daif apabila dia tiada tempat  tinggal selepas bercerai dengan  isterinya dua tahun lalu.

Dangau itu hanyalah sebuah pondok  menunggu durian gugur milik abangnya, tetapi ia bagaikan syurga bagi Ibrahim sekurang-kurangnya ada juga tempat dia menumpang berteduh.

Lebih menyentuh hati, dinding dangau itu tidak bertutup sepenuh-nya memaksa Ibrahim menutupnya dengan plastik, bumbung pula bocor sana sini dan lantainya juga reput.

Ibrahim berkata, dia mengambil keputusan untuk tinggal di pondok usang di dalam kebun durian milik abangnya, Abdul Rahman, 65, kerana tidak mahu menyusahkan keluarga abangnya.

“Semasa bersama bekas isteri, saya tinggal di Tanah Merah dan selepas saya bercerai, saya balik di kampung halaman dan tinggal bersama abang.

“Saya tak nak menyusahkan abang, itu sebabnya saya meminta izin untuk tinggal di pondok usang ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Bendang Kerian dekat sini, semalam.

Menurut Ibrahim, walau pun dia hidup bersendirian, itu tidak bermakna anak–anak mengabaikannya kerana dia mempunyai lapan anak hasil perkahwinannya sebanyak tiga kali.

“Anak-anak pun bukan orang senang untuk membantu saya, sekadar datang menziarah dan menghulurkan makanan.

“Untuk makan minum saya hari-hari, saya ada wang untuk berbelanja kerana menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

“Kadang kala saya keluar bekerja sebagai prebet sapu kerana saya ada sebuah kereta,” katanya yang turut menderita penyakit asma dan jantung.

Ibrahim menaruh harapan yang tinggi sekiranya ada pihak membantunya merealisasikan impian untuk memiliki rumah kerana dia mempunyai tanah sendiri.

Dengan kudratnya, dia tidak mampu untuk membina rumah sendiri kerana masalah kesihatannya itu sering mengganggunya untuk bekerja.

Suami Saman Isteri Sebab Hodoh

Seorang lelaki dari China, Jian Feng telah menceraikan dan menyaman isterinya sebanyak $120,000 dan beliau menang kes tersebut...

Menurut laporan, Feng tinggal bersama isterinya yang cantik hidup bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang mana kelihatan sedikit pun tidak sama dengan mereka berdua. Bayi tersebut juga dilaporkan hodoh dan mengejutkan beliau.Timbul keraguan dan syak wasangka dalam diri Feng dan beliau menuntut supaya isterinya memberitahu siapakah bapa sebenar bayi perempuan yang dilahirkan itu. Akhirnya, si isteri mengaku telah membuat rawatan pembedahan plastik di Korea Selatan untuk merubah keseluruhan mukanya menjadi cantik.


Feng telah menyaman di bawah terma isterinya telah menipu beliau sehingga mengahwininya dalam rupa yang palsu.

Bayi Misteri,Berkaki Kambing Dan Tiada Tengkuk

Seorang bayi misteri dilahirkan di Jigawa, utara barat Nigeria di mana bayi tersebut dilahirkan dengan sepasang kaki kambing dan tidak mempunyai tengkuk....
.Ibu kepada bayi terbabit dikatakan sudah kali ke-empat mengalami nasib begini. Masih tidak diketahui kenapa perkara sebegini boleh berlaku.
Allah maha berkuasa, ada sesuatu yang ingin disampaikan dalam kejadian penuh misteri ini 
– wootmedia

Netanyahu desak henti program nuklear

Netanyahu
Netanyahu menunjukkan garis merah pada gambar bom program
 nuklear Iran ketika Persidangan Agung PBB di New York, AS
NEW WORK - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan program nuklear Iran untuk mempengaruhi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menyekat kemaraan program terbabit.

Ketika berhujah pada Persidangan Agung PBB, Netanyahu memaparkan gambar mengenai peringkat pertama memproses uranium bagi menghasilkan bom nuklear di Iran.

“Menjelang tahun depan, saya yakin program ini bakal selesai sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, kepantasan memproses uranium itu menunjukkan terdapat kemajuan dalam teknologi di mana proses tersebut lebih cepat berbanding model sedia ada di Rusia.

“Anggota PBB perlu menggesa Iran untuk menyemak semula pengiraan program nuklearnya itu kerana tindakan itu tidak akan berhasil dan menimbulkan masalah” katanya.

Terdahulu, Presiden Iran Mahmoud Ahmedinejad berkata, pelaksanaan program itu adalah bagi menjamin keselamatan negaranya dan bukan bertujuan untuk muncul sebagai negara pengeluar senjata seperti didakwa Amerika Syarikat dan Rusia. -Reuters

Sein rayu bantuan ekonomi

Presiden Myanmar, Thein Sein
Presiden Myanmar, Thein Sein
NEW YORK - Myanmar merayu kepada negara antarabangsa supaya membantu meningkatkan pelaburan dan kepakaran bagi menjamin kestabilan politik negara itu.

Presiden Myanmar, Thein Sein berkata, ekonomi kukuh adalah elemen penting bagi memastikan kejayaan reformasi demokrasi negaranya.

“Saya berpendapat kestabilan dan pertumbuhan ekonomi diperlukan untuk melindungi perubahan politik dan jika kita mampu lakukan, saya tidak fikir akan ada sebarang perubahan di dalam sistem politik,“ katanya ketika ditanya sama ada proses demokrasi dapat dipulihkan atau sebaliknya.

Pada lawatan pertama beliau ke Amerika Syarikat sejak mengambil alih kuasa tahun lalu,  beliau menggariskan visi Myanmar sebagai negara makmur dan majmuk. -Reuters

Dua penoreh getah warga emas ditembak mati

YALA: Dua penoreh getah ditembak mati di sebuah ladang getah di daerah Raman di sini, semalam.

Mereka dikenali sebagai Mudor Malee, 60, dan isterinya, Sama Sohsu, 61, penduduk tambon Balor di daerah Raman.
Saksi memberitahu polis, mereka mendengar bunyi tembakan di dalam kebun getah dekat kampung awal pagi semalam tetapi tiada siapa yang berani pergi untuk melihat apa yang berlaku.

Polis percaya pasangan itu sedang menoreh getah apabila penyerang menembak mereka menggunakan pistol 9mm dan .22 kaliber. Penyerang itu kemudian melarikan diri.



Mereka menuduh ia dilakukan oleh militan pemisah Islam.


Sejak pemberontakan yang bermula pada Januari 2004, terdapat kira-kira 11,000 kejadian keganasan oleh puak pemisah di wilayah berpenduduk majoriti Islam paling selatan, Yala, Pattani, Narathiwat di mana hampir 5,000 orang terbunuh dan 8,000 cedera. - BP

Iran yakin mampu bertahan

NEW YORK: Iran semalam berikrar akan bertindak balas terhadap sebarang serangan selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyeru supaya satu “garisan merah” ditetapkan bagi menghalang republik Islam itu memiliki bom nuklear.

Menafikan sebarang program nuklear untuk tentera, Timbalan Duta Iran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, negaranya “cukup kuat untuk mempertahankan diri dan berhak sepenuhnya untuk bertindak balas secara maksimum terhadap sebarang serangan.” Menurut Eshagh al-Habib, Israel adalah “regim yang berasaskan keganasan dan sebenarnya menjadi pengasas kepada negara pengganas di dunia.” Eshagh turut mendakwa Netanyahu membuat tuduhan tidak berasas terhadap Iran ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB semalam. Ketika berucap, Netanyahu mendesak PBB menetapkan “garisan merah” bagi “program senjata nuklear Iran.” “Garis merah yang jelas mesti dibuat ke atas program pengayaan nuklear Iran kerana kemudahan itu adalah satu-satunya kemudahan yang dapat kami lihat sebagai sasaran yang kami yakini,” katanya. Menurut Eshagh, Netanyahu membuat tuduhan itu tanpa rasa malu dan hipokrit.


“Israel menyusun operasi di Iran yang membawa kepada pembunuhan beberapa saintis nuklear Iran,” katanya. Eshagh turut mempersenda graf versi kartun digunakan Netanyahu dalam ucapannya.

“Untuk kali kedua dalam sejarah PBB, satu graf imaginasi dan tak berasas digunakan untuk menghalalkan ancaman terhadap negara anggota PBB,” katanya. - AFP