1 September 2012
TUMPAT – Menyentuh hati apabila sebuah keluarga tujuh anak di sini, terpaksa tinggal berhimpit di dalam rumah daif yang reput sana-sini sejak berpuluh tahun lalu.
Rumah pusaka yang berusia 30 tahun itu, hanya mempunyai dua bilik tidur dan tandas serta bilik air di bahagian bawah.
Walaupun perit, keluarga Aminah Mamat, 42, reda menempuh hidup yang sukar dan turut dibelenggu masalah kemiskinan.
Aminah berkata, rumah yang uzur ini turut didiami anak lelaki keduanya yang sudah berumah tangga iaitu Mohd Ridzuan Che Su, 24.
Mohd Ridzuan bekerja sebagai mekanik di bengkel sendiri yang dibuka di hadapan rumah dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun.
“Sebuah bilik tidur memang khas untuknya kerana dia sudah berkeluarga.
“Satu bilik tidur lagi untuk saya dan suami, manakala anak yang lain tidur berhimpit di ruang tamu yang reput serta sempit,” katanya.
Menurutnya, nasib baik anak sulung perempuan, juga anak perempuan tunggalnya yang kini berusia 25 tahun tinggal bersama neneknya sejak kecil lagi.
“Kalau tidak, mungkin dia juga terpaksa tidur berhimpit di ruang tamu juga,” katanya.
Aminah berkata, suaminya, Che Su Mohamad, 48, bekerja sebagai tukang kebun kontrak di sebuah sekolah berdekatan kediamannya, hanya memperoleh pendapatan RM500.
“Pendapatan itu hanya sekadar cukup makan, tidak berdaya untuk kami membaiki rumah yang uzur ini, lagi pun tiga anak saya masih bersekolah di tingkatan dua dan lima.
“Di tingkatan dua adalah anak kembar,” katanya.
Menurutnya, nasib baik ada juga rumah pusaka ini, kalau tidak tentu kos kehidupannya lagi tinggi kerana perlu menyewa.
“Walaupun uzur, saya bersyukur sekurang-kurangnya ada juga tempat saya sekeluarga berteduh,” katanya.
Menurutnya, dia sebelum ini ada juga mengambil upah menjahit baju kurung tetapi sejak mesin jahit rosak, dia hilang pendapatan sampingan.

No comments:
Post a Comment