Sunday, September 2, 2012

Mengharap ihsan polis London

LONDON: Seorang bekas polis yang dipaksa melepaskan jawatan selepas menyatakan keinginannya menjalani pembedahan menukar jantina, kini berharap diterima semula ke pasukan itu.
Pernah dikenali sebagai Keith, Karen Gale (gambar) dirakamkan menjalani pembedahan menukar jantina sebagai sebahagian daripada pengisian siri My Transsexual Summer di Channel 4.

Ketika berusia 26 tahun, dia memberitahu niatnya kepada Ketua Polis London untuk menjadi anggota polis wanita.

Namun, polis menasihatinya supaya meletak jawatan.

Selepas dua dekad, Karen, 52, percaya masyarakat lebih terbuka memohon untuk menyertai semula pasukan polis. Berasal dai Purfleet, Essex, Karen berkata, masa bertukar dan pandangan orang ramai juga berubah.

“Saya mahu menyertai semula polis dan yakin mampu berbuat baik kepada orang ramai,” katanya. Karen bertugas di Ramford selama empat tahun apabila isterinya menemui dia berpakaian wanita di rumah.


Karen menjalani pembedahan itu bulan lalu. Dia terpaksa menunggu selama dua bulan sebelum mengetahui sama ada diterima semula sebagai polis atau tidak. - TS

No comments:

Post a Comment