Sunday, September 2, 2012

MENJAWAB SYIAH



Rasullulah s.a.w tersenyum kagum ketika Abu Bakar r.a dicela?? 

Salah satu kesalahan fatal syiah imamiyah adalah menukil teks hadith-hadith sunnah di luar konteks dan difahami dengan cara yang salah

InsyaAllah, dalam artikel yang ringkas ini akan dijelaskan isu yang dimaksudkan

Abu Bakar dicaci dalam Musnad Ahmad?

Web syiah menyebutkan berikut

" Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA. Tetapi Nabi SAWA tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mencaci Abu Bakar dan Nabi SAWA sedang duduk, maka Nabi SAWA kagum dan tersenyum.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm.436]"

Syiah ingin tonjolkan bahawa Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam senyum dan kagum dengan tindakan pencela Abu Bakar r.a

Teks dalam Musnah Ahmad tidak dipaparkan, sebaliknya dinukil dengan tidak amanah dan diberikan kefahaman sendiri yang batil 

Bahkan mereka memasukkan nukilan batil di atas sebagai salah satu ijitihad Abu Bakar r.a yang salah???

Teks penuh Musnad Ahmad

Berikut dipaparkan teks penuh dari Musnad Ahmad

9624 - حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنِ ابْنِ عَجْلَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَجُلًا شَتَمَ أَبَا بَكْرٍ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ، فَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْجَبُ وَيَتَبَسَّمُ، فَلَمَّا أَكْثَرَ رَدَّ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، فَغَضِبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَامَ، فَلَحِقَهُ أَبُو بَكْرٍ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ كَانَ يَشْتُمُنِي وَأَنْتَ جَالِسٌ، فَلَمَّا رَدَدْتُ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، غَضِبْتَ وَقُمْتَ، قَالَ: " إِنَّهُ كَانَ مَعَكَ مَلَكٌ يَرُدُّ عَنْكَ، فَلَمَّا رَدَدْتَ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، وَقَعَ الشَّيْطَانُ، فَلَمْ أَكُنْ لِأَقْعُدَ مَعَ الشَّيْطَانِ "ثُمَّ قَالَ: " يَا أَبَا بَكْرٍ ثَلَاثٌ كُلُّهُنَّ حَقٌّ: مَا مِنْ عَبْدٍ ظُلِمَ بِمَظْلَمَةٍ فَيُغْضِي عَنْهَا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، إِلَّا أَعَزَّ اللهُ بِهَا نَصْرَهُ، وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ عَطِيَّةٍ، يُرِيدُ بِهَا صِلَةً، إِلَّا زَادَهُ اللهُ بِهَا كَثْرَةً، وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ، يُرِيدُ بِهَا كَثْرَةً، إِلَّا زَادَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا قِلَّةً

Terjemahan: Diceritakan kepada kami Yahya dari Ibnu Ajlan, katanya: diceritakan kepada kami Sa’id bin Abi Sa’id dari Abu Huraira, ‘Ada seorang laki-laki yang mencaci Abu Bakar dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang duduk, maka beliau hairan dan tersenyum. Ketika Abu Bakar membantahnya, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi marah dan berdiri. Abu Bakar mengikutinya kemudian berkata, “Wahai Rasulallah, dia mencaci diriku dan anda duduk, tapi ketika aku membantah beberapa perkataannya anda marah dan berdiri”. 

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Sesungguhnya ada bersamamu malaikat yang membantahnya. Tapi, ketika engkau membantah sebahagaian perkataannya, ada syaithan yang datang, dan tidaklah aku mahu duduk bersama syaitan.”

Kemudian baginda berkata, ‘Ada tiga perkara yang menjadi hak seorang hamba, tidaklah seorang hamba yang terzalimi dengan satu kezaliman lalu dia serahkan kesemuanya kepada Allah kecuali ia akan berikan pertolongan, tidak seseorang yang membuka pintu kedermawanannya yang dengannya ia dapat menyambung hubungan silaturrahim kecuali Allah akan limpahkan hartanya untuknya, dan tidaklah seseorang membuka pintu permintaan dengannya ia berharap untuk mendapat limpahan harta kecuali Allah ‘azza wajjala akan jadikan ia kekurangan 

Rujukan: Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah radiyyAllahu a’nhu, 15/390. hadith no 9624

Syeikh Syu’aib al-Arnauth, pentahqiq kitab Musnad Ahmad telah menilai hadith di atas sebagai Hasan lighairihi.

Beliau juga menyatakan hadith ini telah diriwayatkan al-Qudai’ dalam Musnad Shihab (820), al-Baihaqi dalam sunannya 10/236, kitab Adab (149/150), Syuabul Iman (6669) Abu Daud (4896/7), al-Baghawi (3586) dan al-Bukhari dalam tarikhnya (2/102), 

Kita tidak akan membahaskan status sanad periwayatan hadith ini walaupun dalam statusnya masih boleh dipertikaikan

InsyaAllah, kita akan menjawab kaedah penghujahan syiah yang batil berkenaan teks hadith ini

Maksud senyum dan kagum

Analisis minda yang bersih dan terang menjelaskan kekaguman dan senyumnya Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam adalah kerana tindakan Abu Bakar r.a.

Abu bakar r.a pada awalnya telah mendiamkan diri dari menjawab celaan lelaki itu

Sebab itulah dalam nasihat baginda, perkara pertama yang diucapkan adalah nasihat supaya bersabar dengan kezaliman

“tidaklah seorang hamba yang terzalimi dengan satu kezaliman lalu dia serahkan kesemuanya kepada Allah kecuali ia akan berikan pertolongan”

Dalam konteks ini, lelaki tersebut telah mencela Abu Bakar r.a, dan dia pada awalnya tidak bertindak balas sehingga Rasulullah tersenyum dan kagum dengan tindakannya. Ini ditambah pula dengan kehadiran malaikat disisi Abu Bakar r.a

“Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Sesungguhnya ada bersamamu malaikat yang membantahnya”

Namun apabila Abu Bakar r.a mula menjawab lelaki tersebut, ketika itulah baginda marah dan lantas pergi.

Ini sebagai nasihat kepada Abu Bakar r.a secara khusus dan kepada kita secara umumnya

Ternyata hadith ini jika ia sahih, ia bukan seperti apa yang disebutkan oleh web-web syiah

Kita nasihatkan agar web-web syiah amanah dalam menukil dan menganalisa teks hadith dengan benar

Ulasan tambahan dan kesimpulan

Hadith ini masih memerlukan syarahan lengkap akan bagaimana sikap kita apabila dicaci dan apakah haram mutlak jika kita membalas cacian tersebut. Namun itu bukanlah fokus utama artikel ini. 

Fokus artikel ringkas ini adalah untuk membongkar tindakan tidak amanah web-web syiah yang menukil riwayat Musnad Ahmad, kemudiannya memahaminya dengan cara yang amat dangkal

Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w kagum dan tersenyum dengan tindakan pencela sedangkan baginda sendiri mengharamkan perbuatan mencela sahabah???

WaAllahu a’alam

http://titian-sebenar.blogspot.com/2012/08/rasullulah-tersenyum-kagum-ketika-abu.html#more

MOHON DISEBARKAN.

No comments:

Post a Comment