19 Oktober 2012
RAMALLAH – Esok bakal menyaksikan rakyat Palestin di Tebing Barat berhadapan dengan pilihan raya untuk kali pertama dalam tempoh enam tahun bagi memilih pemimpin di peringkat perbandaran.
Pilihan raya kali ini bakal berlangsung dengan berlatarbelakangkan rasa kecewa masyarakatnya dengan perpecahan puak Hamas dan Fatah, ekonomi yang lembab, serta isu kenegaraan dengan Israel yang menghampiri titik buntu.
Apa yang begitu luar biasa mengenai pilihan raya kali ini adalah penyertaan kaum wanita.
Maysoun Qawasmi mengetuai tiket bebas wanita pertama dengan slogan mereka: 'dengan menyertai, kita boleh'
Beliau adalah salah satu daripada lebih 1,000 wanita yang berkempen dalam pilihan raya kali ini.
“Kita perlu banyak dan kita perlu bekerja 10 kali lebih daripada mana-mana lelaki dalam kempen,” katanya kepada CNN, Christiane Amanpour.
Di bandar konservatif Hebron di wilayah Tebing Barat, adalah suatu yang luar biasa untuk mencari wanita Palestin yang mempunyai pekerjaaan apatah lagi mempunyai kedudukan dalam kepimpinan politik.
Namun menurut Qawasmi, itulah yang ingin diubahnya.
“Apa yang saya cuba lakukan sekarang ialah membawa perubahan dalam cara yang positif dan menunjukkan bahawa wanita mesti menjadi pembuat keputusan kerana mereka memahami majlis perbandaran,” katanya.
Setakat ini, papan tanda kempen masih tidak menunjukkan wajah wanita terbabit.
“Seorang wanita yang kuat boleh membawa hak untuk masyarakat," kata Qawasmi.
Menurutnya lagi, beliau merasakan berlakunya perubahan sikap di dalam dirinya apabila pertama kali berkempen.
“Hari pertama mereka memberitahu saya, ‘adakah kamu gila? Apa yang anda lakukan?’. Tetapi kemudian apabila mereka mendengar saya di radio tempatan, mereka memahami isu-isu saya. Mereka bercakap secara langsung dengan saya di radio dan mereka telah memberitahu saya mereka memahami saya sekarang,” tambahnya lagi.
Qawasmi juga percaya, pengundi menyedari bahawa beliau akan lebih memperjuangkan hak wanita.
Beliau juga berkata akan memperbanyakkan lagi perkhidmatan majlis perbandaran dan akan lebih banyak hak diberikan kepada masyarakat umum.
Setelah memulakan kempennya, Qawasmi diberikan amaran suaminya akan berkahwin lain kerana beliau akan mengabaikan tugasnya di rumah.
Namun menurut Qawasmi, dalam dunia wanita Arab, wanita tidak akan dapat lari dari sokongan suami.
"Dia memberitahu saya ‘anda kuat, pergi dan saya akan menyokong anda walau di mana pun’,” katanya.

No comments:
Post a Comment