Saturday, October 20, 2012

Kim Jong-un seorang diktator?



SEOUL 19 Okt. - Anak saudara kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyifatkan pemimpin itu sebagai seorang diktator dan mendedahkan bahawa dia tidak pernah bertemu datuknya, Kim Jong-il sejak dia dilahirkan.
Menerusi satu wawancara yang didedahkan di laman web perkongsian video YouTube, Kim Han-sol yang kini melanjutkan pelajaran di Bosnia berkata, dia juga berharap dapat melakukan ‘yang terbaik’ buat rakyat Korea Utara.
Han-sol, 17, anak kepada Kim Jong-nam, dilahirkan pada 1995 di Pyongyang. Namun, dia membesar bersama keluarga ibunya dan tidak pernah bertemu dengan datuknya sehinggalah Jong-il meninggal dunia.
“Saya benar-benar ingin mengenali beliau (Jong-il) dan sering bertanya adakah beliau mengetahui tentang kewujudan saya atau sebaliknya?," katanya dalam satu temu bual dengan pelapor khas Hak Asasi Kemanusiaan Bosnia Herzegovina, Elisabeth Rehn untuk sebuah saluran televisyen Finland.
Jong-nam dianggap sebagai bukan ‘anak kesayangan’ Jong-il selepas dia ditangkap cuba memasuki Jepun secara rahsia menggunakan pasport palsu pada 2001.
Sejak itu, Jong-nam dan keluarganya hidup terasing di Macau.
Han-sol menjelaskan, bapanya tidak berminat dalam dunia politik berbanding Jong-un.
“Saya tidak faham mengapa Jong-un ingin menjadi seorang diktator. Itu adalah antara dirinya dengan datuk saya.
“Saya cuma berharap semua perkara akan menjadi lebih baik sekiranya saya kembali ke Korea Utara," ujarnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_04/Kim-Jong-un-seorang-diktator#ixzz29uIr12Yz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment